Berita Harian

SUAMI ORANG BOLEH JALAN!

Kilafairy cuba elak didekati lelaki, teman artis sudah beristeri

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Kilafairy cub a elak didekati lelaki sudah b eristeri, teman artis

Memiliki tubuh seksi dan seraut wajah menawan, penyanyi yang juga pelakon, Kilafairy, 26, tidak pernah menggunaka­n kurniaan berkenaan untuk menjadi seorang penggoda.

Biarpun penampilan­nya dikatakan mampu menggoncan­g iman lelaki, ia hanya pandangan luaran. Bintang filem Karak dan Horey! Horey! itu bukannya seorang yang bersifat ‘gedik’ dan suka mencairkan hati golongan Adam.

Malah, menjadi ‘kepantanga­n’ anak bongsu kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil, itu dihimpit rakan artis, suami orang atau lelaki hidung belang.

Sukar menidakkan hakikat, Kilafairy mengakui: “Ramai yang melabelkan saya seksi dan penggoda sejak dulu lagi. Saya juga sudah lali mendengarn­ya.

“Bagaimanap­un, pernahkah saya terpalit dengan skandal bersama suami orang atau rakan artis? Tiada!

“Wajah saya mungkin persis seorang penggoda. Hakikatnya, saya pakai baju kurung pun tetap nampak seksi, tetapi saya masih ada harga diri.

“Saya takkan membiarkan diri terjebak dengan kontrovers­i murahan yang memalukan. Alhamdulil­lah, walau apapun diperkatak­an netizen mengenai diri ini, saya tidak pernah terseret dalam kancah gosip memalukan.”

Tepis dengan baik

Gadis kelahiran Kuala Lumpur itu bagaimanap­un tidak menafikan dirinya sering dihimpit lelaki VIP berstatus suami orang mahupun teman artis.

“Saya tidak mudah terbuai dengan panahan cinta lelaki. Lebih-lebih lagi, lelaki berstatus suami orang. Saya tidak suka apabila suami orang menagih cinta saya... Umpamanya minta diberikan kaki!

“Untuk golongan suami orang, tolong padamkan hasrat mahu ‘mengorat’ saya.

“Saya tidak pernah melayan panggilan atau pertemuan dengan suami orang, tetapi kadang kala ada yang bersifat melampaui batas. Tidak dapat kacau saya, pengurus saya pula menjadi mangsa,” katanya.

Ujarnya, dia perlu bijak membawa diri jika bertemu golongan sedemikian ketika mengadakan persembaha­n pada majlis tertentu atau saat menghadiri sesebuah acara.

“Mama sering mengingatk­an saya supaya tidak bersikap kurang ajar. Jadi, selalunya saya menangkis pelawaan dengan cara baik, tanpa memalukan

sesiapa,” katanya yang akan muncul dengan single terbaru selepas Aidilfitri nanti.

Elak cinta lokasi

Bekas penuntut Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen, Kolej Antarabang­sa Raffles, Kuala Lumpur itu berkata, dia juga tidak pernah terpikat dengan godaan rakan artis lelaki. Apatah lagi untuk terjebak cinta lokasi.

“Kalau ikutkan, saya tidak menang tangan nak melayan godaan cinta rakan artis, tetapi saya tidak pernah terpaut hati.

“Saya tidak pernah tertarik pada rakan lelaki yang menjalinka­n kerjasama dengan saya. Sejak awal lagi saya katakan tidak pada cinta lokasi.

“Apabila berkawan sesama rakan artis, saya tentunya kenal siapa mereka. Mungkin mereka pernah bercinta dengan rakan artis lain, jadi saya takut terbayang kisah silam masing-masing. Jadi, lebih baik saya mengelakny­a.

“Jika ada yang mahu merapati, awal-awal lagi saya tolak dengan baik,” katanya yang kini bergelar usahawan apabila mengeluark­an produk kesihatan dan pelangsing badan, Kilafit, sejak enam bulan lalu.

Rahsiakan identiti bekas kekasih

Penyanyi yang pernah berkolabor­asi dengan bintang antarabang­sa, Sean Kingston, menerusi lagu Put The Word In

itu berkata, pintu hatinya perlahan-lahan terbuka semula untuk menerima cinta selepas perhubunga­n dengan seorang lelaki terlerai, kira-kira tiga tahun lalu.

“Jujurnya, saya tidak pernah berkongsi kisah cinta. Ya, saya pernah bercinta selama tujuh tahun, tetapi tiada jodoh antara kami. Dialah kekasih pertama yang hadir dalam hidup saya. Siapakah geranganny­a, biarlah menjadi rahsia.

“Hingga hari ini, saya belum menemui penggantin­ya. Begitupun dia bukanlah lelaki terakhir. Kami melalui kematangan hidup bersama, tetapi hubungan terlerai di tengah jalan.

“Kami juga mengakhiri hubungan dengan baik. Banyak hati yang harus dijaga, terutama keluarga,” katanya yang mengaku masih berkawan dengan bekas kekasih dan sesekali bertanya khabar, tetapi sudah lama tidak bertemu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Put Gerua
Put Gerua
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia