Berita Harian

Syor kakitangan awam sektor kesihatan ditambah

Tampung bebanan kerja semakin meningkat: Menteri

- Oleh Nur Aqidah Azizi nur@bhnews.com.my

Jumlah kakitangan awam di sektor kesihatan perlu ditambah bagi melancarka­n operasi semua jabatan di bawah Kementeria­n Kesihatan (KKM), kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, sektor kesihatan di negara ini berada di tahap ‘sangat memerlukan’ penambahan kakitangan, terutamany­a pekerja fasiliti kesihatan awam bagi menampung bebanan kerja yang semakin meningkat.

“Selepas sembilan bulan menerajui KKM, saya mendapati memang ada keperluan bagi menambah jumlah penjawat awam di sektor kesihatan.

“Kita sangat memerlukan lebih ramai penjawat awam disebabkan cabaran dan bebanan yang terpaksa dihadapi oleh penjawat awam di sektor ini juga semakin bertambah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata saiz perkhidmat­an awam di negara ini terlalu besar dan perlu dikurangka­n selaras dengan kedudukan negara ketika ini.

Dr Dzulkefly berkata, ketika ini jumlah penjawat awam seramai 280,000 orang di sektor kesihatan masih tidak mencukupi bagi membantu memberikan perkhidmat­an yang lancar dan terbaik kepada rakyat.

Rangka pelan

“Kita ada menerima sejumlah peruntukan daripada kerajaan dan sedang merangka pelan untuk menambah jumlah kakitangan. Kita memerlukan lebih ramai, bukan dikurangka­n,” katanya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, kerajaan akan menanggung kos rawatan dialisis bagi pesakit dari Pusat Perubatan Mawar (PPM) sebanyak RM500,000 setiap bulan, selepas operasi pusat perubatan itu ditutup pada bulan ini.

“Seramai 138 pesakit ditempatka­n di hospital kerajaan di negeri ini dan 136 pula di pusat perubatan swasta.

“Kita juga mendapat bantuan daripada kakitangan perubatan dari lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan Melaka yang turut turun padang bagi membantu pesakit mendapatka­n rawatan dialisis,” katanya.

Ditanya mengenai pembinaan Hospital Rembau, Dr Dzulkefly berkata, projek yang dimulakan pada September 2013 dengan nilai asal RM96 juta itu dijangka siap pada Jun tahun ini.

“Kita menetapkan kerja-kerja disiapkan pada bulan ini, namun disebabkan beberapa masalah, kontraktor tidak dapat menyiapkan­nya mengikut jadual,” katanya.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK/BH] ?? Dr Dzulkefly melawat pasakit yang ditempatka­n di pusat Rawatan Harian Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, semalam.
[FOTO ADZLAN SIDEK/BH] Dr Dzulkefly melawat pasakit yang ditempatka­n di pusat Rawatan Harian Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia