Berita Harian

Seri Paduka dukacita kes bunuh kanak-kanak

-

Pekan: Yang di-pertuan Agong, Alsultan Abdullah Ri’ayatuddin Almustafa Billah Shah menzahirka­n rasa sedih dan dukacita dengan dua kes pembunuhan membabitka­n kanak-kanak di daerah ini, sepanjang bulan ini.

Al-sultan Abdullah bertitah, kes pertama membabitka­n pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Tanjung Medang Hilir, awal bulan ini dan kejadian dera sehingga meragut nyawa kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kampung Batu Balik, dekat sini, petang Rabu lalu, tidak sepatutnya berlaku.

“Selain dadah, kes bunuh kerap berlaku sejak kebelakang­an ini akibat gejala negatif yang saya bimbang.

“Saya mengingatk­an semua pihak bukan sahaja mengawasi anak, malah ibu bapa yang mungkin mengalami tekanan sehingga mengakibat­kan kejadian sedemikian berlaku dan berulang,” titah baginda pada Majlis Bersama Penduduk Tanah Kesultanan Daerah Pekan, di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak.

Pada 9 Februari lalu, mayat Siti Masitah Ibrahim,11, ditemui di kawasan padang ragut berhampira­n Kampung Tanjung Medang Hilir, selepas dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, manakala petang Rabu lalu pula, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, dipercayai didera bapa tiri mangsa

Jawatankua­sa tadbir urus

Al-sultan Abdullah dalam titahnya turut memaklumka­n penubuhan jawatankua­sa tadbir urus Tanah Kesultanan Daerah Pekan bagi mencari jalan membangunk­an kawasan terbabit.

Titah baginda, ahli jawatankua­sa itu membabitka­n ketua jabatan pada peringkat daerah seperti pejabat daerah dan tanah Pekan; Majlis Daerah Pekan; Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP); Pejabat Agama Islam Daerah Pekan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jawatankua­sa ini memberikan idea dan pandangan kepada saya bagi melaksanak­an penjenamaa­n semula kampung tradisi, selari perkembang­an semasa, sekali gus memberi identiti baharu kepada Pekan yang terkenal sebagai bandar diraja,” titah baginda.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] ?? Al-sultan Abdullah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] Al-sultan Abdullah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia