Berita Harian

Perluas konsep KWAN kepada petani

-

Nelayan antara golongan utama menghuni kelompok berpendapa­tan rendah (B40) selain petani. Kebanyakan mereka bergantung kepada pelbagai skim bantuan kerajaan untuk meneruskan kelangsung­an hidup. Dari bantuan kecil seperti agihan tunai atau subsidi, hingga inisiatif besar membabitka­n bantuan jentera, kelengkapa­n kerja atau latihan peningkata­n kemahiran, semuanya memberi manfaat besar kepada mereka. Terbaru kerajaan bercadang mewujudkan tabung Kumpulan Wang Amanah Nelayan (KWAN) sebagai inisiatif menjaga kebajikan nelayan yang tidak berupaya turun ke laut atas pelbagai faktor. Walaupun mekanisme pelaksanaa­nnya tidak diperincik­an, kita memuji inisiatif ini kerana mengambil kira soal kebajikan nelayan dari sudut berbeza. Bayangkan berapa ramai nelayan yang sudah bersara, hilang upaya kekal atau diserang penyakit sehingga tidak mampu mencari rezeki di laut akan menerima manfaat daripada penyediaan tabung ini. Mengambil kira manfaat itu, kita harap kerajaan dapat meneliti dan memperluas inisiatif ini kepada golongan bersesuaia­n khususnya petani. Umum tahu nelayan dan petani berkongsi masalah sama, dengan ramai hilang mata pencarian selepas tidak lagi mampu bekerja sama ada akibat faktor usia atau diserang penyakit. Jadi kenapa inisiatif baik sebegini perlu terhad kepada satu golongan sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia