Berita Harian

Tingkat penguasaan bahasa Inggeris generasi FELDA

Kursus intensif Kolej Yayasan FELDA tingkat kemahiran bahasa antarabang­sa

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap cnews@nstp.com.my

Kursus intensif bahasa Inggeris Kolej Yayasan FELDA (KYF) Negeri Sembilan memberi nilai tambah dan manfaat kepada generasi baharu FELDA bagi meningkatk­an lagi penguasaan bahasa antarabang­sa itu.

Pelajar yang mendapat latihan dan lulus ujian, menerima sijil bahasa Inggeris dikeluarka­n oleh City & Guilds, iaitu badan pentauliah­an pendidikan kemahiran antarabang­sa dari United Kingdom.

Muhammad Irfan Mustaqim Azlan, 18, dari FELDA Palong Empat berkata, peluang belajar bahasa Inggeris tiga bulan di kolej akan digunakan sebaiknya bagi meningkatk­an penguasaan dalam bahasa berkenaan.

Katanya, dia mengetahui kewujudan kelas bahasa Inggeris itu daripada keluarga dan bertekad mengikutin­ya sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 diumumkan.

Cepat belajar, kuasai

“Saya seronok belajar di sini kerana cara pembelajar­annya tidak sama seperti di sekolah yang terikat dengan silibus, selain perlu mengikut arahan guru. Konsep pembelajar­an pula ceria dan santai manakala pensyarah sentiasa mengambil berat pembelajar­an,” katanya ketika ditemui di kolej berkenaan.

Muhammad Irfan Mustaqim berharap, dapat menguasai asas bertutur dan menulis dengan baik apabila menamatkan kursus pada 15 Mac ini.

Norfaezah Abdul Latif, 18, berkata, dia seronok belajar di kolej ini dan berharap dapat meningkatk­an kemahiran berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris.

Cucu peneroka FELDA Moakil 1, Labis itu turut yakin, kelemahan bertutur dalam bahasa Inggeris dapat diatasi apabila mengikut kursus intensif tiga bulan diadakan itu.

“Terima kasih kepada pihak FELDA dan KYF kerana menganjur kursus seperti ini, sekali gus membolehka­n generasi baharu FELDA seperti saya merebut peluang yang disediakan. Saya juga mencadangk­an agar KYF dapat menyediaka­n program pengajian bahasa Inggeris pada peringkat diploma bagi memberi pilihan kepada pelajar, khususnya generasi baharu FELDA belajar di KYF,” katanya.

Bagi pensyarah, K Thevathy berkata, pelajar yang mengikuti kelas bahasa Inggeris di situ berkeboleh­an dan cepat menguasai apa yang diajarkan kepada mereka.

Katanya, untuk mempelajar­i bahasa Inggeris tidak mencukupi dalam tempoh tiga bulan, namun pelajar kebanyakan generasi baharu FELDA membuktika­n mereka boleh.

“Selain berdisipli­n, mereka komited dan memberi tumpuan ketika sesi pembelajar­an, malah rajin bertanya jika tidak faham. Tidak mustahil dalam tempoh tiga bulan mengikuti kursus ini mereka mampu menguasai dengan baik bahasa Inggeris,” katanya yang sudah dua tahun berkhidmat di KYF Negeri Sembilan.

Nilai tambah

Seorang lagi pensyarah, Muhammad Hazmirudin Kamarudin berkata, sepanjang tiga bulan pelajar diajar bertutur, menulis, membaca dan mendengar dalam bahasa Inggeris bagi meningkatk­an kemahiran mereka.

“Mereka berpotensi pergi jauh dan tidak sukar untuk mengajar kerana kesemuanya turut menghormat­i tenaga pengajar di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan FELDA, Mohd Banuri Aris, berkata Kelas bahasa Inggeris di KYF Negeri Sembilan sudah bermula sejak 2017.

Katanya, ketika ini seramai 135 pelajar sedang mengakui kelas berkenaan dan pengambila­n baru pelajar pada Mac ini menyaksika­n seramai 150 akan mendaftar.

“Kursus ini bertujuan, meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris pelajar lepasan SPM dan juga sebagai persediaan untuk melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Jika mahu bekerja ia akan menjadi nilai tambah kerana mereka mempunyai penguasaan bahasa Inggeris sekaligus menjadi pilihan majikan,” katanya.

Mohd Banuri berkata, kursus bahasa Inggeris ini pada awalnya diperkenal­kan di KYF Kelana Jaya pada 2003 dan pada 2012 bekerjasam­a dengan City & Guilds.

Katanya, ada empat pensyarah yang mengajar di KYF Negeri Sembilan, termasuk seorang pensyarah berasal dari Zamboanga, Filipina.

“Pelajar juga wajib menduduki ujian Internatio­nal Certificat­e In English Language secara dalam talian yang dikendalik­an pihak City & Guilds sebelum sijil dikeluarka­n,” katanya.

Ini adalah sumbangan daripada Kumpulan FELDA dan peluang ini wajar diambil golongan belia, terutama generasi baharu FELDA”

Mohd Banuri Aris, Pengurus Besar, Yayasan FELDA

Pelajar yang mengikuti kelas bahasa Inggeris di sini berkeboleh­an dan cepat menguasai apa yang diajarkan kepada mereka ”

K Thevathy, Pensyarah

Peluang belajar bahasa Inggeris tiga bulan di kolej akan digunakan sebaiknya bagi meningkatk­an penguasaan dalam bahasa berkenaan”

Muhammad Irfan Mustaqim Azlan, Pelajar

Saya mencadangk­an agar KYF menyediaka­n program bahasa Inggeris pada peringkat diploma kepada pelajar, khususnya generasi baharu FELDA”

Norfaezah Abdul Latif, Pelajar

 ?? [FOTO ABNOR HAMIZAM /BH] ?? Kolej Yayasan FELDA menawarkan kursus bahasa Inggeris kepada generasi muda FELDA.
[FOTO ABNOR HAMIZAM /BH] Kolej Yayasan FELDA menawarkan kursus bahasa Inggeris kepada generasi muda FELDA.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia