Berita Harian

Redatakdir­m em isahkan

-

bercinta dengan lelaki itu bukan satu kesilapan, tetapi pembelajar­an.

“Bertahun-tahun saya memendam kesedihan, tetapi sekarang saya sudah boleh melangkah ke depan,” katanya.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha

Jangir Khan berkata, dia pernah berasakan bekas kekasihnya itulah bakal menjadi imamnya, suatu hari nanti.

“Bagaimanap­un, takdir menentukan segala-galanya. Kami bercinta selama tujuh tahun, sudah kenal hati budi dan keluarga, tetapi takdir akhirnya memisahkan kami.

“Soal kenapa ia tidak berakhir di jenjang pelamin, biarlah saya simpan sendiri. Saya anggap kami hanya dipertemuk­an sebagai kawan, bukannya ditakdirka­n untuk menjadi suami isteri,” katanya.

Dedah Kilafairy, bertahunta­hun dirinya merana akibat perpisahan yang berlaku. Sukar untuknya membuang bekas kekasih daripada ingatan, tetapi lama kelamaan, dia sedar sampai bila mahu meratapi nasib?

“Hari ini, saya sudah mula bangkit daripada kesedihan. Saya tidak serik mahu bercinta, tetapi belum menemui lelaki yang benarbenar boleh membuatkan saya jatuh cinta sekali lagi,” katanya.

Mahu berdikari

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia kini fokus dengan kerjayanya sebagai penyanyi. Biarpun langkahnya agak perlahan, tetapi Kilafairy tidak pernah berputus asa untuk berjuang.

“Saya sedar belum menonjol sebagai penyanyi. Saya sudah menghasilk­an tujuh single, termasuk lagu terbaru yang akan dikeluarka­n selepas Aidilfitri.

“Memang langkah saya agak perlahan biarpun pernah bekerjasam­a dengan Sean Kingston, tetapi saya tidak pernah putus berharap. Saya tidak kisah lambat dikenali, asalkan tidak menumpang populariti mama sebagai penyanyi. Saya mahu berdikari atas kaki sendiri.

“Alhamdulil­lah, ramai yang mula menyedari bakat saya selepas muncul dengan

The Word In bersama Sean, selain runut bunyi filem yang dialih ke bahasa Melayu, Warna Cinta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia