Berita Harian

‘Wanita bijak tak abai keluarga’

Ibu bekerjaya tahu imbangi tanggungja­wab antara karier, urusan rumah tangga

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Wanita berkerjaya perlu bijak meletakkan keutamaan dalam urusan harian bagi memastikan keluarga tidak terabai dan mampu menguruska­n dengan sebaiknya tanpa menjejaska­n produktivi­ti dalam kerjaya.

Canselor Open University, Tun Jeanne Abdullah, berkata semua wanita berkerjaya memiliki ciri kepemimpin­an dalam segenap aspek termasuk dari segi mendidik anak dan kerjaya yang hebat.

Katanya, setinggi manapun jawatan wanita dalam bidang masing-masing, mereka seharusnya bijak memperuntu­kkan masa berkualiti bersama anak dan memimpin mereka menjadi generasi yang hebat sebagai pewaris pada masa depan.

“Ibu berkerjaya hebat perlu meluangkan masa bersama anak setiap hari dan waktu paling sesuai ialah pada waktu makan.

“Keupayaan manfaatkan komunikasi berkesan dengan anak penting kerana ia elemen positif yang dapat membina nilai murni dan ciri kepemimpin­an,” katanya pada majlis Sidang Kemuncak dan Pameran Kepemimpin­an Wanita 2016, di sini, kelmarin.

Yang Turut hadir Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli EXCO Sunway Group, Puan Sri Susan Cheah,

Umpama biji benih

Jeanne berkata, anak disifatkan seperti biji benih yang perlu mendapat penjagaan sempurna untuk tumbuh dengan baik.

“Pada pandangan saya, erti kepemimpin­an diterjemah­kan dengan rendah diri, mengambil berat dan tidak mementingk­an diri sendiri. Inilah juga yang harus ditanam dalam diri generasi akan datang. Sekiranya dapat dilakukan, wanita berkenaan memang cemerlang.

“Malah, kehebatan individu boleh diukur dengan darjah kesejahter­aan keluarga individu terbabit. Jika kehidupan di rumah bahagia, mereka juga cemerlang di tempat kerja,” katanya.

Jeanne berkata, seperti yang pernah diluahkan pendidik Amerika, Catherine Esther Beecher yang menyatakan, sekiranya mahu mendidik generasi, didiklah wanita.

Katanya, usaha berkenaan sudah dilakukan oleh kerajaan sejak tahun 60-an. Bermula dengan pelantikan Menteri Wanita Pertama, Tun Fatimah Hashim untuk tempoh 1969 hingga 1973, usaha itu berterusan sehingga ke hari ini.

“Negara sudah melahirkan banyak wanita hebat, termasuk bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri

 ??  ?? Tuan Jeanne menyampaik­an ucapan pada Sidang Kemuncak dan Pameran Kepemimpin­an Wanita 2016.
Tuan Jeanne menyampaik­an ucapan pada Sidang Kemuncak dan Pameran Kepemimpin­an Wanita 2016.
 ??  ??
 ??  ?? Jeanne menerima cenderamat­a daripada Susan (dua dari kiri).
Jeanne menerima cenderamat­a daripada Susan (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia