Berita Harian

OGY AHMAD DAUD BAWA RESIPI IBU KE FMBH'17

Resipi rahsia air tangan Ogy Ahmad Daud dijangka curi tumpuan pengunjung

- Oleh Nor Hatina Shuib hatina@bh.com.my

Keaslian resipi turun-temurun sambal goreng Allahyarha­m seniwati Saadiah antara produk makanan yang dijual di Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH’17), Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 2 hingga 4 Jun depan.

Kelazatan dan keaslian sambal goreng Saadiah itu dimasak sendiri oleh selebriti popular itu Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Ogy berkata, beliau menawarkan tiga menu, iaitu sambal goreng Saadiah, kurau masin berlada dan paru goreng Nek Mon dijangka mencuri tumpuan pengunjung FMBH17.

Katanya, ini adalah peluang terbaik kepada peminatnya yang mencari-cari produk itu untuk datang ke gerai jualannya nanti kerana ketika ini ia hanya dipasarkan secara dalam talian.

“Kekuatan sambal goreng ini ialah pada rasa masakan yang begitu asli sehingga disifatkan sebagai masakan ‘air tangan ibu’.

“Istimewa resipi saya kerana ia resipi rahsia turun-temurun. Saya mendapat maklum balas daripada pelanggan apabila menyifatka­n resipi ini mengenangk­an kembali air tangan ibu kerana rasanya begitu asli sama seperti masakan dulu kala,” katanya.

Pelakon filem Azura ini berkata, resipi goreng Saadiah itu hanya menggunaka­n daging batang pinang, bebas bahan pengawet dan dimasak dalam tempoh lama untuk memberi keenakan rasa.

Pasar produk ke luar negara

“Saya masak sendiri semua resipi ini. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat sepanjang Ramadan ini, saya ada kilang di Klang, Selangor untuk menyediaka­nnya. Tetapi semua penyediaan masih mengekalka­n air tangan saya kerana akan memantau proses pembuatan daripada A hingga Z.

“Saya dalam perancanga­n memasarkan produk ini ke luar negara seperti China, London dan Asia Barat menerusi kerjasama dengan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Fauziah menunjukka­n produk Sambal Goreng Saadiah yang mendapat sambutan ramai.
Fauziah menunjukka­n produk Sambal Goreng Saadiah yang mendapat sambutan ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia