Berita Harian

PERSATUAN VENDOR PROTON SOKONG KERJASAMA DENGAN GEELY

Langkah terbaik angkat semula jenama kereta nasional

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kerjasama strategik antara PROTON dan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) disifatkan keputusan tepat untuk memacu jenama nasional ketika dihimpit pelbagai ketidakten­tuan ekonomi serta pasaran.

Presiden Persatuan Vendor PROTON (PVA), Azalan Omar, berkata kerjasama sedemikian adalah lumrah dalam perniagaan industri automotif kerana pelbagai jenama gergasi lain di seluruh dunia turut melalui fasa peralihan sama.

Selain itu, katanya, pemilihan Geely sebagai syarikat yang akan memberi nafas baharu terhadap pemasaran PROTON tidak dibuat secara sambil lewa, sebaliknya berlandask­an pelbagai kriteria sepanjang tempoh 12 bulan proses pembidaan berlangsun­g.

“Mewakili vendor, kita sentiasa positif dalam percaturan hala tuju PROTON, justeru keputusan Drbhicom untuk menjalin kerjasama dengan Geely adalah jalan terbaik untuk mengangkat semula martabat jenama kereta nasional.

“Langkah strategik ini perlu dilakukan kerana kita nak pastikan kelangsung­an PROTON dan mampu berdaya saing untuk tempoh 20 tahun akan datang kerana pasaran automotif ketika ini sangat sengit.

“Jalinan kerjasama ini masih pada peringkat awal kerana pelbagai program dan pakej pembaharua­n untuk melonjak daya saing PROTON dijangka dilaksanak­an,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

PROTON tak tergugat

Kelmarin, Pengarah Urusan Kumpulan Drb-hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar, dilaporkan berkata pihaknya tidak mungkin menemui rakan kongsi terbaik seperti Geely untuk mengangkat kembali nama PROTON ke persada antarabang­sa dalam industri automotif.

Beliau antara lain menafikan tuduhan bahawa PROTON kini sekadar tinggalan sejarah selepas dijual kepada pihak asing kerana kumpulan berkenaan masih memegang kepentinga­n majoriti dengan ekuiti 50.1 peratus.

Menepis persepsi negatif pelbagai pihak, Syed Faisal turut mengemukak­an sembilan sebab mengapa Geely memenangi bidaan yang mengambil masa lebih daripada 12 bulan, sekali gus mengetepik­an syarikat lain.

Azalan berkata, kedudukan PROTON sebagai jenama kereta nasional tidak tergugat meskipun Geely menjadi rakan kongsi Drb-hicom dan mempunyai pegangan ekuiti 49.9 peratus.

Sehubungan itu, katanya, plat nama PROTON akan dikekalkan sebagai jenama kereta nasional, namun mendapat suntikan baharu daripada Geely yang mempunyai rekod pencapaian membanggak­an dalam industri automotif.

“Kalau kita ambil kesempatan sepenuhnya daripada perkongsia­n strategik dengan Geely ini, PROTON akan kembali sebagai jenama nasional yang pernah terkenal dan menjadi sebutan ramai sejak menyusuri jalan raya pada 1985,” katanya.

Langkah strategik ini perlu dilakukan kerana kita nak pastikan kelangsung­an PROTON dan mampu berdaya saing untuk tempoh 20 tahun akan datang kerana pasaran automotif ketika ini sangat sengit” Azalan Omar Presiden Persatuan Vendor PROTON

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia