Berita Harian

Penghuni 47 flet, kondo risiko maut

Bomba sifatkan kediaman tanpa kelengkapa­n memadam kebakaran, tidak diselengga­ra, rosak termasuk 40 di Kuala Lumpur itu umpama ‘bom jangka’ yang mengancam nyawa penghuni. Satu kediaman di Pantai Dalam diberi 224 notis amaran, manakala lima terima lebih 100

- Oleh Syed Azwan Syed Ali

Kuala Lumpur

Sekurang-kurangnya 47 bangunan kediaman tinggi di seluruh negara, termasuk 40 pangsapuri dan kondominiu­m di Lembah Klang, diibaratka­n ‘bom jangka’ yang boleh membahayak­an nyawa penghuniny­a kerana dikategori­kan risiko tinggi kebakaran.

Semua bangunan ini didapati sama ada tidak mempunyai peralatan memadam api, sistem pancur basah tidak berfungsi, tidak diselengga­ra, pintu rintangan terhalang atau sistem penggera rosak.

Jumlah itu berdasarka­n 1,688 notis bahaya kebakaran yang dikeluarka­n Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Januari hingga Mei tahun ini di seluruh negara.

Lebih menyedihka­n ada enam pangsapuri dan kondominiu­m di Lembah Klang yang menerima lebih 100 notis amaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, termasuk sebuah pangsapuri di Pantai Dalam di sini, yang menerima 224 notis bahaya risiko kebakaran.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata Malaysia secara puratanya merekodkan lebih 5,000 insiden kebakaran setiap tahun.

Katanya, sebanyak 2,904 kes kebakaran direkodkan dari Januari sehingga Jun lalu dengan kira-kira 10 peratus atau 282 kes membabitka­n kebakaran bangunan kediaman tinggi seperti flet/pangsapuri (168) dan kondominiu­m (114).

Kes kebakaran membimbang­kan

“Saya melihat kes kebakaran membabitka­n bangunan kediaman tinggi di negara ini amat membimbang­kan dan tidak mustahil insiden kebakaran di Grenfell Tower, London, baru-baru ini yang mengorbank­an lebih 80 penghuni boleh berlaku di negara ini.

“Pemeriksaa­n bomba mendapati kebanyakan kes disebabkan sikap penghuni dan pihak pengurusan bangunan yang tidak memastikan semua kelengkapa­n kebakaran diselengga­ra dan berfungsi untuk menghadapi sebarang kecemasan.

“Flet, pangsapuri dan kondominiu­m ini mempunyai risiko kebakaran yang tinggi dan boleh diibaratka­n seperti bom jangka,” katanya kepada BH, di sini.

Wan Mohd Nor berkata, penghuni bangunan tinggi harus menjadikan tragedi Grenfell Tower sebagai iktibar.

Katanya, kebanyakan kes kematian dalam bangunan tinggi di negara ini disebabkan pemasangan jeriji dan halangan pada pintu rintangan api, menyebabka­n mangsa terperangk­ap.

Tinjauan BH di beberapa bangunan kediaman tinggi di Lembah Klang, termasuk Pangsapuri Kerinchi, Lembah Pantai dan Perumahan Awam Seri Kelantan, Sentul mendapati peralatan pemadam api tidak diselengga­ra.

Malah, wartawan BH mendapati banyak alat pemadam kebakaran, misalnya di tingkat 10, 11 dan 12 di Pangsapuri Kerinchi, hilang, yang mendedahka­n penghuni bangunan itu jika berlaku kebakaran.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri itu, Haris Baba, 63, mendakwa kebanyakan alat pemadam api itu dicuri, selain masalah vandalisme.

Sistem pancur basah tidak berfungsi

Tinjauan di Perumahan Awam Seri Kelantan yang pernah terbakar tahun lalu mendapati sistem pancur basah di tingkat 14 tidak berfungsi dengan baik, terutama masalah tekanan air rendah, selain tidak mempunyai alat pemadam api di tingkat 13 dan tingkat bawah.

Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Permai mendapati tempat simpanan hos pancur basah dikunci, bagaimanap­un wakil JMB projek perumahan rakyat itu mendakwa hos disimpan di pejabat dan pos pengawal bagi mengelakka­n kecurian.

Rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukka­n 182 kematian dan 713 cedera dalam kebakaran bangunan, termasuk bangunan tinggi sejak 18 bulan lalu.

Baru-baru ini, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar meminta negeri yang belum mengguna pakai Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2012) segera berbuat demikian bagi mengelakka­n insiden kebakaran di Grenfell Tower berlaku di negara ini.

Ketika ini, hanya empat negeri, iaitu Sabah, Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang mewartakan pindaan undang-undang kecil itu yang diluluskan lima tahun lalu, manakala Sarawak pula mempunyai ordinan bangunanny­a sendiri bagi memastikan keselamata­n penghuni terjamin.

 ??  ??
 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Seorang penduduk (kiri) menunjukka­n ketiadaan alat pemadam api di tingkat 13 Perumahan Awam Seri Kelantan, Sentul.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Seorang penduduk (kiri) menunjukka­n ketiadaan alat pemadam api di tingkat 13 Perumahan Awam Seri Kelantan, Sentul.
 ??  ??
 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Hos pemadam api yang tidak diselengga­ra di Pangsapuri Kerinchi, Kuala Lumpur.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Hos pemadam api yang tidak diselengga­ra di Pangsapuri Kerinchi, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia