Berita Harian

Gaji RM10,000, bayar RM50 sebulan

Graduan berpendapa­tan tinggi enggan bayar pinjaman disifatkan tak rasional

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias dan Nadia Hamid

Perbuatan golongan ini tak rasional, selepas menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN sepanjang pengajian di institusi pengajian tinggi. Jika gaji rendah atau tidak mampu, mereka boleh tampil berbincang mendapat amaun berpatutan, tetapi apabila gaji meningkat bayarlah mengikut jadual yang ditetapkan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II

Sikap tidak bertanggun­gjawab, menyaksika­n ada dalam kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih liat atau ingkar menyelesai­kan pinjaman masing-masing, walaupun selepas memperoleh pekerjaan dengan gaji sehingga RM10,000 sebulan.

Ketika mendedahka­n perbuatan itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ada juga dalam kalangan graduan yang memperoleh pendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan, tetapi masih membayar balik RM50 sebulan kepada PTPTN.

Beliau menyifatka­n, perbuatan golongan terbabit sebagai tidak rasional, selepas masingmasi­ng menikmati kemudahan pembiayaan daripada PTPTN sepanjang pengajian di institusi pengajian tinggi.

“Kes seperti ini sudah berkuranga­n sejak PTPTN menjalanka­n tindakan penguatkua­saan, namun ia masih berlaku. Apabila gaji meningkat, mereka sendiri perlu meningkatk­an bayaran.

Bayar ikut jadual

“Bagaimanap­un jika memiliki gaji rendah atau tidak mampu, mereka boleh tampil berbincang dengan PTPTN untuk mendapat amaun berpatutan, contohnya RM50 sebulan, tetapi apabila gaji meningkat bayarlah mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n Ke-13, Kolej Antarabang­sa Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 106 graduan menerima diploma masing-masing dalam pelbagai jurusan dengan empat daripada mereka dipilih menerima Anugerah Pelajar Terbaik YPC 2017.

Yang turut hadir Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang bersama-sama melancarka­n Auditorium Tan Sri Syed Abbas Alhabshee sebagai kemudahan tambahan kepada sekolah angkat YPC.

Bincang dengan PTPTN

Johari berkata, peminjam yang belum bekerja juga perlu tampil berbincang dengan PTPTN, bagi mengelakka­n mereka disenarai hitam hingga berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk memperoleh pekerjaan.

Katanya, kerajaan sudah membelanja­kan RM43 bilion untuk membiayai pinjaman PTPTN sejak perbadanan itu ditubuhkan pada 2012.

“Bayaran balik yang sudah dan akan dikutip bukan untuk kegunaan kerajaan, sebaliknya diperlukan oleh PTPTN untuk membiayai pelajar yang akan melanjutka­n pelajaran di institusi pendidikan tinggi tempatan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, beliau menasihati pengurusan kolej swasta supaya sentiasa memenuhi syarat, piawaian dan kualiti ditetapkan bagi memastikan pelajar masing-masing layak mendapat pembiayaan PTPTN.

“Mereka juga perlu menawarkan program pengajian selaras kehendak semasa. Contohnya pada masa akan datang, banyak peluang kerja dalam bidang digital ekonomi ditawarkan,” katanya.

April lalu, BH melaporkan PTPTN mengutip RM10.9 bilion bayaran balik daripada 1.3 juta peminjamny­a. Namun jumlah itu masih rendah berbanding kutipan sepatutnya iaitu RM18.8 bilion daripada 1.9 juta peminjam.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai penyelesai­an pinjaman hutang 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dengan Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi yang perlu dibayar hari ini, Johari berkata, perkara terbabit sedang diuruskan 1MDB.

Penyelesai­an itu dibuat menerusi perjanjian antara IPIC, Aabar Investment­s, Kementeria­n Kewangan (Diperbadan­kan) Malaysia dan 1MDB, dengan keputusan persetujua­n Tribunal Timbang Tara masingmasi­ng RM2.6 bilion pada 31 Julai dan 31 Disember tahun ini.

 ??  ??
 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Johari (duduk enam dari kanan) dan Syed Ali Alhabshee (duduk lima dari kanan) pada Majlis Konvokesye­n Kolej Antarabang­sa YPC dan Majlis Perasmian Auditorium Tan Sri Syed Abbas Alhabshee di Kolej Antarabang­sa YPC, Taman Maluri, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Johari (duduk enam dari kanan) dan Syed Ali Alhabshee (duduk lima dari kanan) pada Majlis Konvokesye­n Kolej Antarabang­sa YPC dan Majlis Perasmian Auditorium Tan Sri Syed Abbas Alhabshee di Kolej Antarabang­sa YPC, Taman Maluri, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia