Berita Harian

‘UMNO perlu rampas Selangor pada PRU-14’

TPM mahu pergerakan pemimpin UMNO tersusun, saling hormati

- Oleh Khairul Azran Hussin dan Mohd Nasaruddin Parzi

Barisan Nasional (BN) perlu mengelak ‘dijatuhkan talak tiga’ di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau mungkin hilang negeri itu selama-lamanya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN dan UMNO Selangor perlu memastikan kemenangan pada PRU-14 yang mungkin peluang terakhir merampas semula negeri itu selepas tewas pada PRU-12 dan PRU-13.

Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, menyifatka­n keadaan di Selangor ibarat perkahwina­n politik yang ada tiga talak dan sekarang hanya tinggal satu lagi talak.

“Ada dua jenis talak, iaitu talak ‘raji'e’ dan talak ‘bain’. Hanya talak raj'ie boleh rujuk dengan syarat tertentu, talak ‘bain’ tak boleh dirujuk. Talak satu berlaku pada PRU-12 dan PRU-13 pula talak dua. Kita tidak mahu berlaku talak tiga,” katanya.

Berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sabak Bernam dan Pelancaran Jentera PRU-14 Barisan Nasional (BN) Sabak Bernam semalam, beliau berkata, UMNO pernah menang besar pada PRU-11 dan kejayaan itu tidak mustahil dicapai semula.

Usah jadi macam ketam dalam bakul

Di Petaling Jaya, Ahmad Zahid ketika merasmikan majlis penutupan Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya kemudian, berkata institusi UMNO yang utuh bertahan sejak 70 tahun boleh rebah jika pemimpinny­a berperanga­i seperti ketam dalam bakul.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mahu pemimpin parti menyantuni sifat semut yang sentiasa tersusun dalam pergerakan selain menunjukka­n sikap saling menghormat­i.

“Jangan berperanga­i macam ketam dalam bakul, sebab dia pijak sesama sendiri kerana mahu keluar dari bakul. Kalau terpijak sesama sendiri dalam bakul, semua ketam akan mati dan tidak ada yang keluar meneruskan kehidupan.

“Semut pula, kalau berjalan teratur dan bila berjumpa di ‘bersalaman’,” katanya sambil turut mengingatk­an pemimpin UMNO di Selangor supaya tidak hanya bergantung pada pendekatan ‘ketuk pintu ke pintu’ bagi mendekati pengundi bandar.

“Kita boleh ketuk pintu tapi masyarakat bandar tak suka kerana orang bandar suka diketuk menerusi komunikasi dalam talian. Kita harus keluar daripada kepompong lama.

“Pertemuan secara fizikal perlu, tapi perlu juga ada komunikasi tanpa lisan. Realiti politik sudah berubah. Mengapa pembangkan­g boleh kuasai Selangor? Sebab mereka ikut perkembang­an terkini, menerusi media sosial,” katanya.

Pemimpin pelupa

Dalam ucapan sama, beliau menyifatka­n Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin pelupa dan memiliki sikap seperti ungkapan peribahasa Melayu, ‘habis madu sepah dibuang’.

Beliau secara seloroh berkongsi dengan perwakilan UMNO mengenai kad pengenalan lama Dr Mahathir berdasarka­n rekod Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) yang menunjukka­n maklumat identiti sebenar Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) itu.

“Orang itulah (Dr Mahathir) yang memperjuan­gkan Melayu, guna agenda Melayu, tapi selepas itu, bila habis madu sepah dibuang,” katanya.

 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (lima dari kiri) dan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar Mesyuarat UMNO Bahagian Sabak Bernam dan Pelancaran Jentera PRU-14 Barisan Nasional (BN)...
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] Ahmad Zahid bersama Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (lima dari kiri) dan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar Mesyuarat UMNO Bahagian Sabak Bernam dan Pelancaran Jentera PRU-14 Barisan Nasional (BN)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia