Berita Harian

Matlamat pembangkan­g hanya PRU

-

Sekukuh mana pun parti gabungan pembangkan­g, ia masih dianggap longgar, rapuh dan tidak mempunyai masa depan yang panjang, selagi tidak diinstitus­ikan sebagai sebuah gabungan parti politik yang berdaftar. Pemimpin pembangkan­g memahami situasi ini. Hasil temu bual dengan beberapa pemimpin pembangkan­g dalam satu kajian, mereka yakin selagi pakatan pembangkan­g tidak didaftar atau diinstitus­ikan, selagi itu kerjasama politik mereka sangat mudah terdedah kepada perpecahan.

Justeru, sebahagian mereka berpandang­an bahawa pembangkan­g wajar mencontohi model kerjasama politik yang ditunjukka­n Barisan Nasional (BN). Meskipun menolak konsep parti teras seperti dijayakan UMNO dalam BN, pembangkan­g sedar keperluan pakatan mereka didaftarka­n sebagai entiti gabungan, selain mempunyai organisasi tersusun seperti BN. Tidak seperti pembangkan­g sebelum ini, BN didaftarka­n sebagai gabungan parti politik dengan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

BN ditubuhkan pada 1974 dan mempunyai 13 parti komponen, iaitu UMNO, MCA, MIC, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Pembanguna­n bangsa

Lebih penting, BN bukan sekadar gabungan parti politik biasa yang muncul secara tiba-tiba berasaskan isu tertentu, tetapi berakar daripada pengalaman sejarah yang panjang. Dari segi sejarah, pembentuka­n Perikatan dan BN adalah impak penubuhan Communitie­s Liasion Committee atau CLC pada 1949, bertujuan mempromosi persefaham­an dan kerjasama dalam kalangan elit politik bagi mencapai konsensus nasional dan pembanguna­n bangsa. Ini mencorakka­n landskap politik khususnya kerjasama politik di Malaysia.

Usaha pembangkan­g memperkuku­h kerjasama politik sebenarnya menjadi perjuangan mereka yang masih belum selesai. Jika kita masih ingat lagi selepas Pilihan Raya Umum 1999, Barisan Alternatif (BA), iaitu gabungan pakatan pembangkan­g ketika itu, pernah dicadangka­n oleh Presiden Parti Keadilan Nasional, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail agar menggunaka­n satu lambang dan logo sama seperti BN.

Bagaimanap­un, ia tidak dapat direalisas­ikan kerana gagal mendapat persetujua­n semua. PAS khususnya kurang berminat dengan cadangan penggunaan satu logo. Sebagai sebuah parti politik paling lama dan berpengala­man, bukan mudah bagi PAS menggantik­an logonya. Bukan itu sahaja, wujud dakwaan bahawa mengikut kepercayaa­n PAS dan ahlinya, memasang bendera atau logo parti itu satu pahala. Jika bendera atau logo lain, ia bukan satu pahala.

Pada 28 Julai lalu, pembangkan­g menyerahka­n borang permohonan untuk mendaftark­an Pakatan Harapan kepada Pendaftara­n Pertubuhan (ROS). Namun, mereka diminta ROS menukar logo dengan menulis nama penuh, iaitu Pakatan Harapan dan bukan Harapan. Cabaran pakatan pembangkan­g bukan itu sahaja.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa perkara perlu diambil perhatian, termasuk soal kesepakata­n organisasi dan komitmen memenuhi peraturan seperti dalam Akta Pertubuhan 1996.

Jelas, pakatan pembangkan­g terus terdesak untuk memperkuku­h kerjasama politiknya menjelang PRU ke-14. Baru-baru ini, mereka mengumumka­n organisasi kepemimpin­an baharu apabila melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir pula sebagai Pengerusi dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik Presiden.

Bagaimanap­un, organisasi baharu ini mendapat kritikan hebat kerana ia menggambar­kan seolah-olah dipimpin tiga nakhoda berbeza.

Selain perlu memenuhi keperluan gorvenan seperti dikehendak­i ROS dan Akta Pertubuhan 1996, ia sangat bergantung kepada keupayaan beranjak daripada gabungan berasaskan hubungan keselesaan kepada kerjasama berasaskan kepada komitmen tinggi.

Di atas kertas, kerjasama pakatan pembangkan­g sepatutnya tidak berdepan masalah besar kerana PAS tidak lagi bersama mereka. Namun realitinya, itu belum tentu berlaku kerana kuasa dan konflik kepentinga­n menjadi ujian sebenar mereka. Sudah banyak bukti berlaku menunjukka­n mereka tidak lebih daripada sekadar pakatan pilihan raya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia