Berita Harian

Penduduk lega jalan dibuka semula

Kerja pembaikan jalan runtuh di Jalan Permai-jalan Sungai Ujong, berhampira­n Taman Permai Fasa II sejak dua bulan lalu selesai

- Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Selepas lebih dua bulan sebahagian jalan di Jalan Permai-jalan Sungai Ujong, berhampira­n Taman Permai Fasa II, di sini, ditutup akibat cerun runtuh, penduduk kawasan sekitarnya kini boleh menarik nafas lega, apabila laluan itu dibuka semula.

Masalah penduduk di lima taman perumahan di situ bermula pada 10 Mei lalu, apabila kawasan tebing yang dianggarka­n seluas 30 meter persegi di tepi jalan berkenaan runtuh, selepas hujan lebat selama lebih lima jam.

Pemeriksaa­n Jabatan Kerja Raya (JKR) kemudian mendapati struktur tanah di kawasan berkenaan menjadi lemah, menyebabka­n sebahagian jalan itu terpaksa ditutup bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini.

Berikutan penutupan satu lorong itu, keadaan trafik menjadi sesak pada waktu puncak terutama pagi, lebih-lebih lagi kerana laluan itu turut digunakan orang luar yang menjadikan­nya laluan pintas untuk ke Jalan Rasah.

Penduduk Taman Permai Fasa III, Mohd Hapis Mohd Hashim, 34, berkata pembukaan semula lorong berkenaan melancarka­n semula aliran trafik di jalan berkenaan yang menjadi laluan utama penduduk kawasan perumahan di situ.

“Kami difahamkan, walaupun jalan asal tidak runtuh bersama tebing dalam kejadian Mei lalu, namun laluan itu terpaksa ditutup bagi mengelakka­nnya menerima beban berlebihan yang akan menyebabka­n runtuhan lebih besar.

Jalan siap dibaik pulih

“Penduduk tidak membantah tindakan JKR menutup lorong berkenaan kerana menyedari ia perlu dilakukan bagi mengelakka­n kemalangan. Namun ketika itu, kita berharap kerja baik pulih segera dilakukan,” katanya kepada Halaman Kota.

Penduduk Taman Permai II, S Ganesh, 31, pula berkata, penduduk kawasan itu bersyukur jalan berkenaan sudah diperbaiki dan dibuka semula selepas kira-kira dua bulan kejadian itu berlaku.

“Walaupun sebelum ini hanya satu lorong dibuka di laluan berkenaan, kami masih ada perasaan bimbang apabila melalui kawasan itu kerana takut runtuhan berlaku sekali lagi.

“Namun kini, kami yakin struktur tanah kawasan itu sudah diperkuatk­an dan jalan yang terjejas juga sudah diperbaiki oleh JKR," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata cerun di tepi jalan itu runtuh akibat pergerakan tanah berikutan longkang kawasan itu retak dan pecah menyebabka­n resapan air ke dalam tanah.

“Keadaan itu akhirnya menyebabka­n cerun di tepi jalan runtuh dan terpaksa ditutup kepada pengguna bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini,” katanya selepas melawat projek itu.

Mohamad berkata, JKR Negeri Sembilan memulakan kerja memperbaik­i jalan dan cerun itu pada 17 Julai lalu dengan kos sebanyak RM1.4 juta.

Beliau berkata, jalan yang terjejas sudah diperbaiki sepenuhnya dan dibuka kepada pengguna, namun kerja membaiki cerun masih dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya kira-kira seminggu lagi.

Katanya, walaupun kerja membaiki jalan dan cerun itu sebelum ini dijadualka­n siap pada 28 Ogos, tetapi JKR berusaha menyiapkan­nya lebih awal demi memastikan penduduk kawasan itu dapat menggunaka­nnya semula segera.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK/BH] ?? Jalan Permai-jalan Sungai Ujong, berhampira­n Taman Permai Fasa II, ditutup akibat cerun runtuh kini dibuka semula.
[FOTO ADZLAN SIDEK/BH] Jalan Permai-jalan Sungai Ujong, berhampira­n Taman Permai Fasa II, ditutup akibat cerun runtuh kini dibuka semula.
 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Mohamad ketika meninjau projek membaik pulih cerun runtuh di Taman Permai, Seremban.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Mohamad ketika meninjau projek membaik pulih cerun runtuh di Taman Permai, Seremban.
 ??  ?? Kerja membaiki tebing jalan di sekitar Taman Permai yang sebelum ini runtuh sudah siap.
Kerja membaiki tebing jalan di sekitar Taman Permai yang sebelum ini runtuh sudah siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia