Berita Harian

Penggiat seni mahu mencarum PERKESO

Perlindung­an elak terpaksa tanggung kos rawatan mahal jika kemalangan akibat tugas

- Oleh Osman Lisut dan Ilah Hafiz Aziz

Ketiadaan caruman dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan salah membeli polisi insurans boleh menyebabka­n penggiat seni tanah air terpaksa menanggung risiko sekiranya berlaku kemalangan.

Penggiat seni termasuk mereka yang bekerja di belakang tabir dikategori­kan sebagai bekerja sendiri tidak diwajibkan mencarum dengan PERKESO sebaliknya, mereka terpaksa membeli insurans bagi melindungi keselamata­n diri ketika bekerja.

Bagaimanap­un, terma perlindung­an yang tidak diketahui menyebabka­n golongan itu tersalah beli dan diakui sendiri dua selebriti iaitu komposer Azmeer dan penyanyi, Amir Ukay’s apabila mereka terpaksa menanggung sendiri kos rawatan serta perubatan yang tinggi, ekoran masalah berkenaan.

Azmeer berkata, beliau terpaksa menanggung sendiri kos rawatan kira-kira RM20,000 akibat parah pada muka dan tangan kanannya selepas terbabit kemalangan pada awal tahun 90-an, sekali gus hilang mata pencarian sepanjang berada di hospital.

“Saya hanya membeli insurans nyawa dan menyangka semuanya akan dilindungi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, tetapi silap kerana mengikut terma, hanya memperuntu­kkan bayaran ganti rugi jika seseorang itu buta dan putus tangan.

“Sebab itu saya sukar membuat tuntutan. Justeru, saya memohon kerajaan mewajibkan semua penggiat seni mencarum dengan PERKESO malah, persatuan penggiat seni atau pihak yang memegang royalti karya seni boleh mencarum sebahagian pendapatan ke dalam PERKESO untuk melindungi kami,” katanya kepada BH.

Guna GL majikan isteri

Sementara itu, Amir Ukay’s yang terbabit dalam kemalangan pada 2000 berkata, ketiadaan kedua-dua perlindung­an kesihatan itu membuatkan­nya terpaksa bergantung dengan surat jaminan (GL) majikan isterinya bagi menampung kos perubatan yang hampir RM25,000 ketika menerima rawatan di hospital swasta.

“Saya tidak terfikir untuk membeli insurans dahulu kerana beranggapa­n semua pergerakan kita (artis) ditanggung pihak syarikat rakaman.

“Apabila rakan bertanyaka­n mengenai insurans dan caruman PERKESO, barulah saya menyedarin­ya bahawa tidak memilikiny­a.

“Sepanjang menerima rawatan, saya kehilangan mata pencarian apabila tidak mampu menyanyi atau memenuhi jemputan,” katanya.

Justeru, beliau berharap setiap penggiat seni dilindungi skim perlindung­an keselamata­n sosial pekerjaan kerana golongan ini terdedah kepada bahaya sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja, ketika bekerja dan pulang ke rumah.

Saya hanya membeli insurans nyawa dan menyangka semuanya akan dilindungi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, tetapi silap kerana ikut terma, hanya dibayar jika seseorang itu buta dan putus tangan” Azmeer, Komposer Saya tidak terfikir untuk membeli insurans dahulu kerana beranggapa­n semua pergerakan kita (artis) ditanggung pihak syarikat rakaman” Amir Ukay’s, Penyanyi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia