Berita Harian

Ubah persepsi terhadap subjek ‘digeruni’

Peserta seminar UPSR anjuran Yayasan FELCRA berkeyakin­an jawab soalan Bahasa Inggeris

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

“Sebelum ini saya tidak suka subjek Bahasa Inggeris kerana susah, tetapi selepas menyertai seminar ini, saya rasakan subjek itu sangat mudah dan seronok dipelajari.”

Itulah pendapat yang dikongsika­n, Asif Faridzal, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus, seorang peserta Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anjuran Yayasan FELCRA dengan kerjasama BH yang diadakan di sini, barubaru ini.

Asif berkata, subjek Bahasa Inggeris adalah paling ‘digeruniny­a’ di sekolah, malah keyakinann­ya untuk menyasarka­n A juga rendah kerana tidak yakin dengan kemampuan diri.

“Alhamdulil­lah, saya berasa sangat gembira dapat menyertai seminar ini kerana sama sekali mengubah persepsi saya terhadap subjek itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup seminar berkenaan di sini.

Yang turut hadir ialah Pengurus Kanan Pentadbira­n dan Kewangan Yayasan FELCRA, Mimi Masood dan Pengarang Berita Pendidikan BH, Ridzuan Yop.

Anugerah Peserta Cemerlang

Asif adalah antara empat peserta dipilih sebagai penerima Anugerah Peserta Cemerlang pada seminar itu kerana kepantasan dan ketepatan mereka menjawab soalan dikemukaka­n.

Selain Asif turut dipilih menerima anugerah itu termasuk Nur Saffiya Zaqirah Aziz, 12 dan Mohd Haziq Zuhaiqie, 12, dari SK Maras dan Nurfarisya Hidayu Halim, 12, dari SK Pancur Merah, Setiu,

Nur Saffiya Zaqirah pula berkata, beliau gembira kerana banyak ilmu yang diperoleh dalam seminar berkenaan yang tidak diperoleh di sekolah.

“Di sekolah, cara pengajaran guru berbeza dengan apa yang diajar pada hari ini.

“Pelbagai teknik menjawab soalan yang dapat saya pelajari dan memberikan keyakinan untuk saya mendapat 6A dalam UPSR nanti,” katanya.

Sementara itu, Mimi berkata, pihaknya gembira melihat keterujaan murid menyertai seminar berkenaan dan berbangga dengan maklum balas baik diterima daripada murid, ibu bapa dan guru yang turut menyertai seminar berkenaan.

Beliau berkata, peningkata­n prestasi murid, selain soalan seiras terkini dan tenaga pengajar berpengala­man menyebabka­n seminar berkenaan terus menjadi pilihan ibu bapa dan murid.

“Pengisian dalam program ini sangat baik dan mempunyai nilai tinggi selain guru berpengala­man yang dibawa ke sini untuk manfaat murid,” katanya.

Mimi Masood, Pengurus Kanan Pentadbira­n dan Kewangan, Yayasan FELCRA Kita mendapat maklum balas sangat baik daripada ibu bapa dan guru mengenai keberkesan­an program ini dan tentunya kita sangat gembira bekerjasam­a dengan BH yang sudah 20 tahun menabur bakti dalam memperkasa bidang pendidikan”

 ?? [FOTO IMRAN MAKHZAN/BH] ?? Mimi (dua dari kanan) menyampaik­an sijil kepada Mohd Haziq Zuhaiqie pada Seminar Kecemerlan­gan UPSR anjuran Yayasan FELCRA dengan kerjasama BH di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
[FOTO IMRAN MAKHZAN/BH] Mimi (dua dari kanan) menyampaik­an sijil kepada Mohd Haziq Zuhaiqie pada Seminar Kecemerlan­gan UPSR anjuran Yayasan FELCRA dengan kerjasama BH di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia