Berita Harian

PROVIM 2017 tawar hadiah bernilai RM80,000

Sasar hadiah lebih lumayan berbanding tahun lalu

- Oleh Norzamira Che Noh

Sebanyak 11 hadiah menarik bernilai RM80,000 ditawarkan kepada peserta Projek Video Malaysia (PROVIM 2017) yang dilancarka­n secara rasmi di Red Carpet 2, Icity di sini, semalam.

Pengarang Eksekutif Berita Digital Media Prima Berhad (MPB), Azura Zainal Ratin, berkata hadiah yang ditawarkan, termasuk kereta Proton Saga 1.3 Liter (L) dan wang tunai RM5,000.

“Ini adalah penganjura­n kali kedua dan kita mensasarka­n lebih penyertaan diterima malah hadiah ditawarkan juga lumayan berbanding penganjura­n pada tahun lalu.

“Tahun lalu, kita menyediaka­n lapan hadiah untuk lapan pemenang tetapi tahun ini kita berjaya menyediaka­n 11 hadiah hasil sumbangan penaja,” katanya pada Majlis Pelancaran PROVIM 2017, di Red Carpet 2, Icity di sini.

Tema Negaraku

Beliau berkata, antara penaja yang terbabit dalam PROVIM 2017 adalah I-berhad, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), DRB-HICOM Berhad dan DNC Asiatics Holding Sdn Bhd.

“Tema PROVIM tahun ini adalah Negaraku. Jadi kita mengharapk­an dapat melihat lebih keharmonia­n serta perpaduan dalam yang video dihantar,” katanya.

Azura berkata, boleh menghantar penyertaan video pendek dalam format MP4 yang berdurasi tidak le bih tiga minit menerusi emel ke provim.mpb@ gmail.com pada 1 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Katanya, pemenang akan diumumkan pada 16 September ini menerusi Facebook dan berita rangkaian televisyen MPB.

 ?? [FOTO SHAZREEN ZAMZURI/BH] ?? Pengerusi Eksekutif I-berhad, Tan Sri Lim Kim Hong (tengah) melihat video Pelancaran Video Malaysia bersama Naib Pengerusi Eksekutif Operasi dan Kawalselia Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Meriam Mat Noor (kanan); Azura (dua dari kanan) dan...
[FOTO SHAZREEN ZAMZURI/BH] Pengerusi Eksekutif I-berhad, Tan Sri Lim Kim Hong (tengah) melihat video Pelancaran Video Malaysia bersama Naib Pengerusi Eksekutif Operasi dan Kawalselia Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Meriam Mat Noor (kanan); Azura (dua dari kanan) dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia