Berita Harian

BSN jangka tambah jumlah pendeposit SSP

Sasaran pada separuh kedua 2017 disokong faktor ekonomi lebih baik

-

Bank Simpanan Nasional (BSN) menjangka dapat menambah jumlah pendeposit sijil simpanan premium (SSP) pada separuh kedua 2017 berikutan ekonomi yang lebih baik.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Perniagaan Runcit dan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah, berkata pada separuh pertama 2017, pendeposit BSN meningkat kepada 2.8 juta membabitka­n nilai berjumlah RM3.26 bilion, berbanding 2.62 juta (RM3.02 bilion) yang dicatat dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

“Kami melihat jumlah pendeposit untuk SSP meningkat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini. Lantaran itu, kami memperkena­lkan kategori baharu khusus bagi menggalakk­an golongan belia berusia 12 hingga 17 tahun menyertain­ya.

“BSN berharap untuk mendapat lebih ramai pendeposit pada separuh kedua, terutama ketika setiap orang mula menyimpan selepas Ramadan dan Aidilfitri,” katanya selepas majlis mengumumka­n pemenang bulanan cabutan ‘12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’ BSN SSP, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Wujudkan kepelbagai­an

Kempen ‘12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’ bertujuan menyemai amalan menyimpan dalam kalangan pelanggan.

Penyimpan yang mempunyai minimum RM10 dan ke atas lebih daripada sehari berpeluang memenangi kereta mewah serta hadiah lain melalui cabutan bulanan berkenaan.

Mearia berkata, BSN mempunyai beberapa produk simpanan bagi seperti Giro, deposit berjangka (konvension­al dan Islam) serta SSP.

“Kami mahu wujudkan kepelbagai­an kepada pelanggan yang menyimpan duit mereka dengan kami untuk pelbagai tujuan.

“Di samping beberapa produk simpanan baharu, bahagian pembanguna­n produk BSN sedang berusaha untuk menambah baik produk semasa kepada pelanggan,” katanya.

Ciri utama SSP BSN

BSN menawarkan hadiah keseluruha­n SSP bernilai RM17.7 juta tahun ini.

Ciri utama khusus SSP BSN termasuk patuh syariah, hadiah dikecualik­an cukai dan terdapat pelbagai saluran untuk menyimpan seperti melalui cawangan, ATM CDM, ejen bank, perbankan Internet MYBSN serta SMS.

Pada majlis sama, BSN juga meraikan pemenang cabutan istimewa bagi Jun yang dimenangi Anizah Abd Hamid dari Pahang yang membawa pulang RM1 juta; pemenang cabutan bulanan, iaitu Roslan Sehan dari Kuala Lumpur yang memenangi kereta Mercedes C200 dan pemenang cabutan remaja - kategori khas iaitu Fong Ka Hou dari Pahang yang memenangi BSN SSP RM10,000.

 ??  ?? Mearia (dua dari kanan) bersama Anizah (tengah) pada majlis mengumumka­n pemenang bulanan cabutan ‘12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’ BSN SSP, di Kuala Lumpur, kelmarin.
Mearia (dua dari kanan) bersama Anizah (tengah) pada majlis mengumumka­n pemenang bulanan cabutan ‘12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’ BSN SSP, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia