Formula berganda unik kekalkan keremajaan kulit

Berita Harian - - AURA -

Jalinan kerjasama antara Makmal Clarins dengan pasukan Dr

Yves Pumay dalam kajian selular biologi School of Medical Namur, Belgium berjaya menemukan pertalian mikrodomain lipid dengan penuaan kulit.

Mikrodomain lipid yang juga dikenali sebagai ‘sistem mendengar’ selular yang belum pernah ditemui itu dipercayai berkurangan setara umur, pendedahan berpanjangan di bawah sinar ultra ungu, oksidatif stres, termasuk faktor genetik yang mampu mempengaruhi lima fungsi penting penjagaan kulit.

Mempunyai konsentrasi yang tinggi dalam reseptor selular, fungsi mikrodomain ialah memastikan sel dapat ‘mendengar’ mesej persekitaran untuk membantu rawatan antipenuaan dengan memberi kuasa antipenuaan berganda.

Mikrodomain lipid boleh ditemui dalam pelbagai jenis sel, antaranya, keratinosit yang berfungsi sebagai pertahanan kulit dan fibrolast yang menjalankan peranannya untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Ekstrak lebih 20 tumbuhan

Hasil penemuan saintifik itu mengilhamkan generasi kelapan Clarins Double Serum membawa masuk ekstrak kunyit dalam senarai 20 ekstrak tumbuhan dalam membentuk satu formula berganda unik.

Pengarah Komunikasi Saintifik Kumpulan

Clarins, Marie Helene

Lair berkata, ekstrak kunyit mempunyai daya konsentrasi tinggi dalam turmerone dan pilihannya juga berdasarkan keupayaan tanaman herba itu dalam mempertingkatkan komunikasi selular namun pada masa sama, mengangkat lima fungsi utama kulit ke tahap optimum.

“Konsep mengambil inspirasi bio menggunakan dual fasa sistem hidrik dan lipidik ini sentiasa peka dengan luahan alam persekitaran. Ia berdasarkan peranan alam dalam memegang rahsia kecantikan termasuk menangkis tanda penuaan bagi kulit kekal muda dan cantik,” katanya.

Ramuan lain bagi formula berganda unik ini termasuk ekstrak mangga, lili halia, huang qi, buah koko, edelweiss organik dan Myrothamnus. Ia didakwa membantu mengaktifkan berjuta­juta sel kulit.

Kesan dilihat selepas empat minggu

Serum ini diformula secara eksklusif dengan dua pertiga bahan berasaskan air manakala satu pertiga lagi berasaskan minyak. Nisbah ini sama dengan lapisan hidrolipid kulit memungkinkan serum menyerap dengan cepat ke liang kulit.

Penggunaan secara kerap, kata Marie, mampu memberikan hasil positif dalam tempoh kira­kira empat minggu.

[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ]

Pengurus Besar Clarins, Gillian Tyo (kiri) dan Marie pada majlis pelancaran Clarins Double Serum, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.