Kolagen berasas buah-buahan

Berita Harian - - AURA -

untuk melihat wanita memiliki kulit sihat dan gebu, usahawan kosmetik, Roziana Askaran, 29, menghasilkan produk NB Kolagen.

Produk makanan tambahan untuk kecantikan ini dihasilkan daripada bahan alami terdiri daripada kombinasi buah­buahan dan ia dilancarkan di

Plaza Azalea, di Shah

Alam, baru­baru ini.

Roziana berkata, produk keluaran pertama syari­ katnya, Nanalicious Beauty itu berasaskan kolagen.

“Saya terpanggil untuk menghasilkan makanan tambahan untuk kecantikan, khusus bagi wanita dengan menggabungkan khasiat buah­buahan menerusi perisa buah nanas dan ia sesuai diminum oleh wanita mahupun lelaki,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di

Plaza Azalea di Shah

Alam, baru­baru ini.

Khasiat produk

Rozana berkata, antara khasiat produk berkenaan ialah membantu melambatkan proses penuaan, menggebukan kulit dan membantu wanita mengekalkan berat badan ideal.

“Kaedah pengambilan NB Kolagen mudah dengan hanya masukkan satu skop serbuk NB Kolagen di dalam penggoncang , kemudian campur dengan air putih,” katanya.

Sementara itu, dari segi pemasaran dan strategi, Nanalicious

Beauty memfokus jualan menerusi laman sosial Instagram dan Facebook selain program kecantikan.

“Syarikat ini turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan stokis untuk memasarkan produk ke seluruh negara,” katanya.

NB Kolagen dijual pada harga RM180 ( Semenanjung Malaysia) dan RM190 (Sabah & Sarawak).

Roziana (kanan) pada pelancaran NB Kolagen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.