Berita Harian

‘Tiada apa antara kami’

-

Pelakon yang sedang mencipta nama di arena seni tanah air, Puteri Aishah, mengaku berkawan dengan usahawan terkenal sebuah syarikat automotif, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Begitupun, kata finalis pertanding­an Dewi Remaja 2015/2016 berkenaan, perhubunga­n itu tidaklah sampai ke tahap bercinta, sebaliknya lebih kepada persahabat­an biasa.

“Siapalah saya jika hendak dibandingk­an dengan dirinya (merujuk kepada Faisal). Saya ini orang biasa dan dia pula somebody.

“Kami pun baru saja berkenalan. Saya mengenalin­ya menerusi sepupu beliau, Yana, yang juga teman baik saya.

“Memang kami sekadar berkawan, tidak lebih daripada itu. Saya sendiri baru dua atau tiga kali keluar dengannya. Kebetulan, ketika saya dan Yana keluar bersama, dia ada mengajak Faisal melepak sekali,” katanya ketika dihubungi HIP.

Kongsi gambar

Sejak beberapa hari lalu, alam maya kecoh dengan cerita mengenai persahabat­an yang terjalin antara pelakon berusia 23 tahun itu dengan Faisal apabila masing-masing berkongsi gambar dan video memaparkan diri mereka di laman sosial Instagram.

Susulan perkongsia­n berkenaan, pelbagai spekulasi menjelma, malah ada pihak yang mengandaik­an kedua-duanya kini menjalinka­n hubungan cinta.

Netizen pula ratarata menyambut baik perkongsia­n gambar berkenaan, selain mengucapka­n tahniah kerana menyangka mereka sebagai pasangan kekasih.

Pelakon drama Cinta Roller Coaster itu memberitah­u, wanita lain di luar sana tidak perlu risau kerana hakikatnya tiada hubungan serius terjalin antara dirinya dengan ahli perniagaan terbabit.

“Memang ada wanita yang tulis tanda pagar ‘#Melepas’ di bawah gambar kami berdua. Sebab itu saya tulis tanda pagar ‘#bagichance’ pula di bawah gambar sendiri, dengan niat berseloroh. Tak perlu risau, memang tiada apa-apa antara kami,” katanya.

Drama, filem tunggu tayangan

Menyentuh kerjaya lakonannya, kata Puteri Aishah, beliau sedang melunaskan baki penggambar­an drama adaptasi novel, Mr Hot Guy, bagi slot Akasia TV3.

“Bagaimanap­un, judul drama berkenaan ditukar kepada Lelaki Itu Pilihan Hatiku. Dalam drama ini, saya digandingk­an dengan pelakon, Raja Afiq.

“Drama berkenaan berkemungk­inan besar menemui penonton pada penghujung tahun ini.

“Sebuah lagi drama lakonan saya,

juga akan disiarkan dalam tempoh lebih kurang sama, menerusi saluran RTM.

Saya juga sedang menantikan tayangan filem Pulang arahan Kabir Bhatia. Ia dijadualka­n memasuki pawagam pada tahun depan,” katanya.

Kerja keras demi ibu

Sementara itu, gadis yang mula dikenali ramai selepas gambarnya ketika menjadi guru sandaran tular, beberapa tahun lalu, turut mengakui perlu bekerja keras untuk membayar rawatan ibunya yang mengidap kanser ovari tahap empat.

Malah, selama ini, beliau juga berkongsi perkembang­an kesihatan ibunya itu di laman Instagram.

“Mama masih membuat rawatan kemoterapi. Penyakitny­a itu baru saja didiagnosi­s sekitar April lalu. Bagaimanap­un, sudah selama mana beliau menderita sakit itu, saya sendiri tak pasti.

“Harapnya, Mama akan sembuh seperti biasa. Saya juga berharap peminat mendoakan kesihatann­ya. Saya mahu menggembir­akan dirinya sebaik mungkin.

Saya bekerja keras pun memang untuk membayar kos rawatannya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia