‘Bukan masa main-main’

Berita Harian - - HIP! -

Berbekal pakej lengkap dengan paras rupa dan lakonan mantap, ramai mula memerhatikan potensi aktor kacak, Syafiq Kyle selepas membintangi drama Tanah Kubur, kira-kira lima tahun lalu.

Dalam teruja menantikan drama terbaharu lakonannya, peminat mula membandingkan Syafiq dengan aktor popular dambaan ramai penerbit sekarang iaitu Fattah Amin.

Masing-masing kacak dan memiliki tarikan tersendiri, ada peminat mula membuat perbandingan antara Fattah dengan Syafiq yang kebetulan sama-sama bersaing di pentas Hero Remaja 2011/2012 sebelum menceburi dunia seni.

Ketika itu, Syafiq kecundang di tangan

Fattah yang muncul juara, manakala pemenang ketiga, Saharul Ridzwan, yang turut menceburi bidang lakonan, meraih tempat ketiga.

Bagai ‘musuh tradisi’ dengan pertarungan demi pertarungan yang tiada kesudahan, persaingan antara Fattah dan Syafiq tampak berterusan biarpun diakui aura Fattah sebagai aktor lebih menyerlah.

Mendekati Syafiq dan bertanyakan empunya diri mengenai perkara itu, anak jati Kuala Lumpur ini tidak pernah melihat kehadiran Fattah sebagai suatu ancaman buatnya meskipun mereka bersaing di pentas sama.

Ketika peminat masih hangat dengan fenomena dan Hero

(HSC) lakonan Fattah, Syafiq tidak pernah gusar. Bagi anak muda ini, dia lebih percaya kepada soal rezeki yang ditentukan Tuhan.

Bersandarkan drama terbaharu lakonannya,

yang menggantikan dalam slot Mega Drama di Astro Ria sekarang,

Syafiq mahu terus berfikiran positif dalam merencana kerjaya seni.

“Saya tidak melihat isu tekanan apabila populariti drama HSC menjadi subjek utama.

“Sebaiknya, saya lebih melihat tekanan ketika bekerja di set penggambaran dan promosi awal drama

di laman sosial. “Apabila pelakon dan pihak produksi mula berkongsi gambar atau video di laman sosial sebelum drama disiarkan, pasti wujud jangkaan dan harapan penonton,” katanya

Dalam drama

yang diadaptasi daripada novel berjudul sama, Syafiq digandingkan dengan pelakon baharu, Hannah Delisha. Naskhah itu diarahkan Eyra Rahman.

Enggan ‘tangkap muat’

Akui Syafiq, bukan soal saingan atau siapa lebih hebat, bagi dirinya, apa yang lebih penting adalah watak yang dijiwai dalam drama.

“Misalnya, ketika mengarah, Kak Eyra ‘mengerah’ kami untuk memberi yang terbaik sebelum produk ditayangkan. Sebagai pelakon, saya cuba mempamer dan meningkatkan mutu lakonan.

“Saya juga percaya setiap drama mempunyai tarikan berbeza. Saya harap tuah akan menyebelahi drama Mencintaimu Mr Photographer untuk diterima peminat,” katanya.

Lima tahun mengabdikan diri di persada seni, Syafiq tidak mahu mempersiakan ruang dan kesempatan yang diberi.

Baginya, sekarang bukanlah masanya untuk bersikap sambil lewa sebaliknya dia perlu memastikan lakonannya memberi impak kepada penonton.

“Sebagai pelakon saya mahu mencari kepuasan dan bukan dengan mengejar populariti semata-mata.

“Sekarang bukanlah masa untuk ‘main-main’ atau bersikap tangkap muat dalam menerima tawaran. Tidak ada gunanya saya berlakon dalam banyak drama, tapi tak ada satu pun yang berkesan di hati penonton.

“Apa yang saya mahukan adalah lakonan itu diingati sampai bila-bila walaupun dengan satu drama saja,” katanya yang berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan dengan menjual koleksi baju jenama Tuan X Syafiq Kyle hasil kerjasama dengan pereka fesyen, Tengku Kery.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.