TIMAH

Berita Harian - - BISNES -

P31 Julai 2017 asaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini berikutan pembetulan teknikal selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam minggu yang baru berakhir.

Seorang peniaga berkata, selepas meningkat sehingga setinggi AS$20,750 satu tan pada Jumaat, pasaran dijangka lengang apabila peniaga mencari pemangkin baharu.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran diniagakan dalam jajaran AS$20,155 hingga AS$20,750 satu tan.

Timah ditutup minggu lalu pada AS$20,750 satu tan, naik AS$200 berbanding AS$20,150 satu tan yang dicatatkan pada Jumaat minggu sebelumnya.

Penanda aras di Bursa Logam London naik sebanyak AS$330 kepada AS$20,655 satu tan daripada AS$20,080 satu tan pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan di PTKL meningkat kepada 206 tan daripada 145 tan pada minggu sebelumnya dengan peniaga China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Bangladesh, Pakistan, Amerika Syarikat dan United Kingdom, serta peniaga tempatan menguasai dagangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.