Berita Harian

Ibu tiri kena penjara 4 tahun, denda

-

Pasir Mas: Seorang peniaga kosmetik dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas kesalahan mengabaika­n serta mencederak­an anak tirinya berusia lima tahun sehingga patah 13 tulang, dua tahun lalu.

Hakim Dazuki Ali turut mengarahka­n Rohayu Hassan, 26, membayar denda berjumlah RM15,000 atau dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati pihak tertuduh gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan tertuduh menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan syarat membayar jaminan RM30,000, selain pasport diserahkan dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Rantau Panjang sebulan sekali.

Mengabai anak tiri

Pada prosiding sama, bapa mangsa, Zulkifli Che Othman, 41, pula didenda RM12,000 atau dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda atas kesalahan mengabaika­n anaknya berkenaan sehingga kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, Rahayu didakwa mengabaika­n Zuliana Zaara Zulkifli atau dikenali Yaya yang ketika itu berusia lima tahun sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 di Kampung Bagus, Rantau Panjang antara Januari hingga Mei 2015.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh dan lokasi sama, wanita itu didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan parah ke atas mangsa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, peguam Datuk Shukri Mohamed mewakili tertuduh memohon hukuman dikurangka­n atas alasan keadaan emosi Rohayu yang sarat mengandung terpaksa menjaga mangsa ketika itu kerana keengganan ibu kandung menjaganya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani memohon hukuman berat dikenakan memandangk­an kecederaan melampau mangsa sehingga mengalami kecacatan kekal berikutan penderaan terbabit.

Belum berpuas hati hukuman tak setimpal

Sementara itu, ibu kandung mangsa, Sana Abdul Malek, 30, ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana tertuduh menerima dihukum denda dan penjara, namun belum berpuas hati kerana hukuman itu tidak setimpal dengan perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya.

“Sehubungan itu, saya akan menfailkan rayuan juga bagi meningkatk­an hukuman terhadap tertuduh. Apapun, keadaan Yaya sekarang ini sudah pulih sepenuhnya dan kini belajar Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia