Berita Harian

Bingung ‘drama’ pindah

Neymar masih elak bercakap dengan media

-

Bintang Brazil, Neymar ‘tidak tahu apa perlu dibuat’ ketika spekulasi membabitka­n perpindaha­nnya dari Barcelona ke Paris Saint-germain (PSG) berterusan menjadi tumpuan utama media, kata rakan sepasukann­ya, Gerard Pique.

Gergasi Perancis, PSG ketika ini dikatakan sudah bersedia untuk melancarka­n bidaan memecah rekod dunia, AS$256 juta (RM1.07 bilion) bagi mendapatka­n pemain itu.

Perkembang­an itu membayangi kempen jelajah pra musim Barcelona di Amerika Utara tetapi tidak menghalang kelab itu mengharung­i kempen pra musim menakjubka­n.

Ia termasuk kemenangan 3-2 ke atas musuh tradisi, Real Madrid, semalam.

Neymar sudah menjaringk­an tiga gol daripada dua perlawanan bersama Barca setakat ini, namun dia jelas mengelak untuk bercakap dengan pihak media.

Fail aduan

“Neymar dengan saya amat rapat dan saya mahu dia kekal dan saya tahu situasinya,” kata Pique yang meledak gol kemenangan Barca ke atas Real.

“Ketika ini, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan kami cuba untuk membantuny­a kerana pemain (dalam pasukan) lebih rapat dengannya untuk mengambil keputusan yang tepat.”

Sementara itu, ESPN FC melaporkan Barcelona akan memfailkan aduan kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas PSG dikatakan melanggar peraturan kewangan badan induk itu seandainya membayar lebih daripada 200 juta euro (RM1.006 bilion) bagi mendapatka­n Neymar.

Mengikut sumber yang enggan didedahkan, Barcelona percaya tiada kelab mampu membayar yuran, gaji dan bonus yang akan dimasukkan dalam perjanjian berkenaan tanpa melanggar peraturan kewangan.

 ??  ?? Neymar bersalaman dengan rakan sepasukan selepas aksi pramusim menentang Real Madrid, semalam.
Neymar bersalaman dengan rakan sepasukan selepas aksi pramusim menentang Real Madrid, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia