Berita Harian

Peluncur muda sudah sedia hadapi KL2017

-

Putrajaya: Atlet cilik, Adam Yoong Hanifah sudah bersedia menghadapi Sukan SEA yang pertama dalam karier sukan ski air diceburiny­a, bulan depan.

Peluncur muda berusia sembilan tahun itu dijadual menyertai acara tricks bersama abangnya, Aiden - pemenang pingat gangsa di Sukan SEA Singapura 2015.

“Ini kali pertama saya menyertai Sukan SEA,” kata Adam yang menjuarai acara Bawah 13 tahun (B-13) Terbuka Florida, Mei lalu.

“Saya sudah bersedia dan akan cuba melakukan yang terbaik nanti,” tambah Adam yang juga ditemani kakaknya, Aaliyah di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), bulan depan.

Aaliyah meraih dua emas dan satu gangsa di Singapura dua tahun lalu manakala abangnya Alex Yoong, satu perak dan dua gangsa. Aiden pula menambah pungutan gangsa dalam acara tricks lelaki.

Tawar 11 emas

Sementara itu, dalam saingan Pra Sukan SEA bagi sukan air itu di Kompleks Rekreasi Air, Putrajaya semalam, Adam meraih tangga keempat dalam acara tricks dengan mengumpul 3,170 mata di belakang abangnya, Aiden yang mengumpul 3,470 mata.

Aaliyah dalam pada itu meraih satu emas dalam acara tricks, perak ( jump) dan gangsa (slalom) sekali gus memberi bayangan positif menjelang temasya yang hanya berbaki 18 hari saja lagi.

Selain Aaliyah, turut meraih emas adalah Muhammad Haziq Zohari dan Nur Nadiah Hanani Md Nasir, masing-masing dalam acara slalom.

Sukan ski air dan wakeboard yang dijadual berlangsun­g dari 25 hingga 29 Ogos ini menawarkan 11 emas di di Kompleks Rekreasi Air, Putrajaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia