Isnin diisytihar cuti umum

Berita Harian - - MUKA DUA -

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Isnin ini sebagai cuti umum berikutan pencapaian cemerlang kontinjen negara pada Sukan SEA 2017.

Perdana Menteri mengumumkan demikian ketika berucap pada upacara penutup temasya itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

“Kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet kita yang cemerlang, maka dengan ini bagi pihak kerajaan, saya mengumumkan cuti umum pada Isnin (4 September 2017),” katanya dalam ucapan itu yang disiarkan secara langsung di televisyen dan dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.