Najib terima kunjungan 9 Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia baharu

Berita Harian - - PERUTUSAN -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam menerima kunjungan hormat sembilan Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya. Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Russia Datuk Mat Dris Yaacob, Zakri Jaafar (Bosnia Herzegovina), Datuk Lim Juay Jin (Brazil), Zanariah Zainal Abidin (Republik Czech), Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason (Jerman), Datuk Jilid Kuminding (Jordan) dan Mohd Aznor Mahat (Lubnan). Dua lagi ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Sudha Devi K R Vasudevan dan Loh Seck Tiong (Kenya). Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Zulkifli Adnan tidak hadir semalam kerana sedang menunaikan ibadat haji.

FOTO BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.