Sukan SEA serlah semangat patriotik

Berita Harian - - PERUTUSAN -

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semangat cintakan negara dan patriotisme jelas dipamer menerusi kejayaan Malaysia pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur Ke-29 (KL2017).

Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila pingat emas diraih dan Jalur Gemilang dijulang, Negaraku lantang berkumandang dan mendorong seluruh rakyat berkobar-kobar memberi sokongan padu kepada pasukan negara.

Sokongan tanpa prejudis

“Saya melihat ini sebagai terjemahan semangat cinta negara. Lebih manis lagi, sokongan ini diberi tanpa rasa prejudis terhadap mana-mana kaum kerana kita semua adalah bangsa Malaysia,” katanya.

Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2017 yang disiarkan menerusi akaun media sosial rasminya semalam, beliau berkata, sambutan Bulan Kemerdekaan negara tahun ini diisi dengan acara Sukan SEA yang jelas menampilkan semangat perpaduan rakyat.

“Inilah nilai perpaduan sejati yang kita pamerkan untuk Malaysia. Kita harus kekalkan semangat ini demi negara. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke60,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.