1MDB bayar hutang sebelum tarikh akhir

Berita Harian - - ISU -

Kuala Lumpur: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam mengumumkan ia sudah membayar keseluruhan hutang bahagian kedua kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan bayaran berkenaan berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

“1MDB sudah membayar kepada IPIC bayaran penuh bagi baki hutang kedua yang mana tarikh akhirnya pada 31 Ogos 2017.

“Semua bayaran kepada IPIC adalah daripada hasil program rasionalisasi yang sedang dilakukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.