Maybank kaji senaraikan saham Ekuiti Islam

Cadangan berdasarkan 25 peratus keuntungan disumbangkan perbankan syariah

Berita Harian - - BISNES - Oleh Che Wan Badrul Alias

berkompromi untuk mewujudkan kelas saham berbeza, mahupun anak syarikat baharu seperti dimuktamadkan oleh lembaga pengarah.

Manfaat pemegang saham

“Buat masa ini masih terlalu awal untuk kami kongsi perinciannya kerana keputusan yang akan dibuat perlulah sesuai dan memanfaatkan pemegang saham,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan separuh tahun Maybank di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar yang menyeru supaya diwujudkan penyenaraian berasingan i-saham bagi kumpulan perbankan yang memiliki sumbangan pendapatan dalam kewangan Islam.

Bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun, Maybank mencatatkan untung bersih RM3.36 bilion, naik 29.9 peratus berbanding RM2.59 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatan kumpulan perbankan itu berkembang kepada RM22.2 bilion bagi tempoh dikaji 2017 berbanding RM22.1 bilion pada separuh tahun pertama tahun sebelumnya.

Manakala, keuntungan sebelum cukai suku kedua juga meningkat kepada RM2.24 bilion daripada RM1.58 bilion tempoh sama 2016 dengan pendapatannya turun sedikit kepada RM10.92 bilion berbanding RM10.94 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.