HADIAH TERINDAH AIDILADHA

Pesakit kanser, Farah Aida mahu pakai baju dijahit sendiri, suami bersyukur kesihatan isteri makin baik

Berita Harian - - AURA -

Rutin hidup tidak lagi sama. Segala-galanya dirasakan kelam, barangkali waktu itu jalan terbaik adalah menghitung hari yang tinggal bersisa.

Bagi pesakit kanser payudara, Farah Aida Farid, 44, itulah yang dirasainya apabila proses rawatan bermula yang menjadikan hospital sebagai rumah kedua buat dirinya.

Perasaan sama itu turut dikongsi suami Farah Aida, Mohd Redza Zainal, 52.

Beliau yang berkhidmat sebagai pengarah dokumentari bebas, bercuti kerja selama dua tahun daripada kerja penerbitan dokumentari dalam proses rawatan dan penyembuhan isterinya.

Paling penting katanya, beliau mahukan isterinya mendapat sokongan dan perhatian sepenuhnya dalam perjuangan menentang kanser.

“Saya rela bercuti bagi membolehkan Farah Aida mendapat rawatan sempurna. Saya kira itulah pengorbanan termampu saya lakukan sebagai suami.

“Saya rasa tidak adil membiarkan dia bersendirian melawan kanser. Kalau sewaktu saya bekerja di luar daerah, dia sanggup menemani saya, tidak ada alasan untuk membiarkannya berjuang sendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Beacon International Specialist Centre di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pasangan berkenaan sudi ditemu bual kerana mahu berkongsi mengenai mustahaknya pasangan memberikan sokongan sepenuhnya dalam proses penyembuhan kanser payudara dihadapi isteri, selain perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Farah Aida dikesan menghidap kanser payudara tahap dua pada 2010, dan kembali dikesan menghidap kanser pada tahun 2014, juga pada tahap dua. Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak 2011.

Sewaktu kali pertama Farah Aida dikesan kanser, berat badannya turun daripada 67 kilogram

(kg) kepada 57 kg.

Selepas ketulan sebesar dua sentimeter pada bahagian payudara kanannya dibuang, Farah Aida melalui enam kali rawatan kemoterapi dan 25 kali rawatan radioterapi, sehingga 2011.

Pilih rawatan herba selama dua tahun

Kata Farah Aida, melalui tempoh rawatan pada kali pertama dikesan kanser, badannya bertahan untuk melaluinya, namun katanya pada serangan kanser kali kedua, hati beliau tawar untuk melalui teknik rawatan berkenaan.

“Doktor yang saya temui itu mencadangkan pembedahan dan rawatan yang menakutkan. Saya jadi takut, lalu bertegas mencuba kaedah rawatan herba. Keputusan itu menyebabkan saya langsung tidak ke hospital,” katanya.

Bertitik tolak daripada itulah beliau mencari rawatan tradisional dan herba. Sedar tak sedar dalam tempoh dua tahun, beliau berhabis ribuan ringgit. Kata Farah Aida di mana saja ada rawatan yang dipercayai boleh mengubat kanser, beliau akan pergi, biarpun jauh.

“Pada peringkat awal memang tidak sakit. Tapi lama-kelamaan saya makin rasa tidak selesa. Tidur pun dalam keadaan duduk. Kanser tumbuh hampir ke seluruh bahagian dada, seolah-olah ‘memakan’ seluruh aset kewanitaan saya miliki. Setiap pagi saya akan mengambil masa 30 minit untuk membersihkan luka di kawasan itu,” katanya.

Farah Aida mengakui, sepanjang tempoh berkenaan, beliau tidak melihat sebarang hasil dan keberkesanan rawatan herba. Hanya apabila kanser itu merebak ke bahagian belakang badannya, beliau mula berasa sangsi.

Tidak pernah berputus asa

Mengulas mengenai keengganan Farah Aida, Mohd Redza mengakui ia memberikan tekanan hebat buat dirinya apabila mereka berdua kerap

[ FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.