AROMA KULINARI

Berita Harian - - AURA -

Resipi roti john diolah ikut cita rasa

Sebut saja roti john pasti ramai yang menggemari hidangan ringkas tapi mengenyangkan ini. Apa tidaknya, bahan yang diletakkan di dalam roti john itu adalah antara kegemaran setiap orang.

Tidak kira sama ada bahannya ringkas seperti lapisan daging bersama campuran telur atau pun mungkin dengan pelbagai campuran sayuran, sos dan sebagainya, ia tetap mempunyai peminatnya tersendiri.

Hidangan ini juga sebenarnya boleh dihasilkan mengikut idea dan cita rasa tersendiri. Bagi pemilik The Teppan, Mohd Najib Halime, berkata hidangan ini mudah disediakan asalkan mempunyai bahan diinginkan.

Ia boleh dihasilkan mengikut kemahuan sama ada inginkan taburan daging yang banyak, keju dan sebagainya. Kali ini, bagi memberikan kelainan kepada menu ini, beliau menghasilkan sendiri roti john daging carik.

Rasa berbeza

Roti john daging carik dihasilkan berlainan daripada kebiasaan kerana tatkala menjamah hidangan ini, pelbagai rasa boleh dirasai. Pastinya daging carik yang diletakkan antara bahan yang paling dirasai.

Rasanya juga berbeza memandangkan ia tidak menggunakan banyak sos cili dan mayonis kerana ia menggunakan sos cendawan yang dihasilkan sendiri.

Kepingan nanas memberi rasa manis, keju dan pelbagai rasa lain letakkan serbuk cili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.