BULAN MADU

Berita Harian - - AURA -

Pasangan perlu terus kukuhkan hubungan

Fasa awal perkahwinan sentiasa dibuai cinta. Bagi menyemarakkan lagi cinta antara pasangan, ramai yang gemar mengambil cuti dan berbulan madu.

Namun, perjalanan sebuah perkahwinan itu melalui pelbagai dugaan dan cabaran justeru sungguhpun sudah lama berkahwin pasangan di galakkan untuk sentiasa mencari sesuatu bagi mengukuhkan hubungan.

Selain memperbaiki cara komunikasi, bina kepercayaan antara lain yang wajar dilakukan adalah pergi berbulan madu.

Terpulang kepada anda dan pasangan untuk memilih destinasi, di dalam mahupun luar negara kerana banyak pakej bulan madu yang ada untuk dipilih.

Usaha dan komitmen

Untuk mengecapi kebahagiaan ia memerlukan usaha dan komitmen oleh kedua-dua belah pihak, khususnya jika hubungan rumah tangga anda semakin hambar.

Gunakan peluang berbulan madu untuk menghidupkan kembali apa cinta yang pernah dirasakan sewaktu bercinta dulu.

Berikut adalah tip yang anda boleh gunakan untuk membuat percutian bersama pasangan lebih menarik sekali gus melakar memori baru dan paling indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.