Terus kuat

Berita Harian - - AURA -

bertelingkah pandangan.

“Begitupun, saya fikir kalau saya memaksa pun, tak membantu juga Farah Aida dalam melalui rawatan. Bantuan yang dapat saya berikan waktu itu adalah sokongan. Saya kira itu yang terbaik harus diberikan apabila pasangan kita sedang berjuang melawan penyakit,” katanya.

Mohd Redza mengakui dalam tempoh dua tahun isterinya mendapatkan rawatan herba, secara luaran tidak menunjukkan penyembuhan.

“Bayangkan ia umpama bisul yang tidak surut. Saya berasa sangat tertekan. Malah saya makan hati dengan kekerasan hatinya untuk tidak berubat di hospital.

“Sewaktu berhenti kerja itu, saya mulai banyak membaca mengenai sokongan yang bagaimana harus saya berikan kepada pasangan kerana Farah Aida sangat teruja membaca atau mendengar testimoni pengguna produk herba, lalu mempercayainya,” katanya.

Mohd Redza berkata, apabila setiap kali jenis herba baru dicuba tidak pun memperlihatkan penyembuhan, Farah Aida akan berasa tertekan.

“Apabila dia kecewa, bukan mudah untuk bangkitkan semangatnya kembali. Itulah yang saya rasa sangat perit. Sampai satu tahap, Farah Aida seolah-olah hilang semangat. Kalau kita cerita mengenai perkara yang gembira pun, belum tentu dia suka,” katanya.

Begitupun, kata Mohd Redza, hati Farah Aida terbuka untuk mendapatkan rawatan apabila ketumbuhan seperti bisul mulai merebak pada bahagian belakangnya.

Sewaktu Farah Aida dibawa ke hospital, kanser itu sudah berada pada tahap empat. Bagaimanapun rawatan intensif diterima menunjukkan hasil memberangsangkan apabila luka pada bahagian sekitar sudahpun memperlihatkan penyembuhan.

“Luka itu sudah mulai kering dan saya gembira melihat hasilnya. Hari ini, Farah Aida hanya perlukan masa kira-kira lima minit untuk membersihkan luka pada bahagian itu,” katanya. Farah Aida menerima rawatan di Beacon International Specialist Centre sejak Mac lalu dan kini perlu menjalani kemoterapi setiap tiga minggu dalam proses rawatan.

Hikmah di sebalik kesedihan

Farah Aida yang ditemui selepas kira-kira enam bulan mendapatkan rawatan kanser payudara, kelihatan cukup ceria, malah tidak pun menunjukkan wajah sugul.

Kata Farah Aida, beliau kini dalam fasa bahagia dan mengumpul kekuatan untuk melawan kanser hingga ke hembusan nafas yang terakhir.

“Saya seorang yang sangat ceria dan sukakan cabaran. Apabila sakit, saya rasa sangat sedih dan berharap selepas ini akan dapat menjalani aktiviti lasak saya gemari seperti melancong dan mendaki gunung. Buat masa ini saya luangkan masa belajar menjahit baju. Saya bersyukur kerana Aidiladha ini, saya akan memakai baju yang saja jahit sendiri,” katanya.

Bagi Mohd Redza, beliau bersyukur kepada Allah kerana kesihatan isterinya erti paling besar Aidiladha ini.

“Beliau kian ceria, malah apabila selesai semua rawatan, saya menyimpan hasrat menerbitkan sebuah dokumentari mengenai perjuangan Farah Aida melawan kanser.

“Tidak ada lagi tajuk untuk dokumentari itu tetapi saya mungkin membawa Farah Aida mengembara ke Turki tahun depan,” katanya.

Bagi pasangan ini, kanser menjadi titik tolak pada diri mereka berdua untuk lebih menghargai kehidupan.

“Kami kini lebih mengenali antara satu sama lain. Memang selama ini kita berkahwin tetapi kesibukan kerja kadangkala menyebabkan kita tidak punyai masa untuk mendalami isi hati masing-masing,” katanya.

Paling penting kata

Mohd Redza, walaupun isterinya tidak lagi memiliki payudara yang sering dilambangkan sebagai aset kewanitaan, tetapi buat dirinya, itu langsung tidak penting.

“Ramai isteri yang mungkin terfikir mereka tidak lagi menarik di mata suami. Tetapi ia sebenarnya tidak begitu. Saya perlukan dirinya kerana semangat itulah yang menghidupkan saya. Saya belum bersedia untuk kehilangannya,” katanya.

Mohd Redza memberitahu, beliau berharap mana-mana suami yang berhadapan situasi seperti dilaluinya, terus bersabar dengan dugaan Allah.

“Dapatkan rawatan daripada hospital yang nyata memberikan hasil dipercayai, berbanding mempercayai kaedah altenatif dan herba, yang belum tentu tepat,” katanya. Pesakit kanser

Farah dan suami ketika bercuti dan melakukan aktiviti lasak termasuk mendaki gunung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.