Segera dapatkan rawatan

Berita Harian - - AURA -

Perubatan Onkologi, Beacon International Specialist Centre, Dr Azura Rozila Ahmad, berkata kajian perubatan di Amerika Syarikat mendapati rawatan alternatif tidak terbukti membantu menyembuhkan kanser, justeru, tidak ada alasan buat pesakit untuk melakukannya.

Katanya, rawatan bagi pesakit kanser adalah tidak sama antara satu sama lain, justeru, adalah tidak adil sekiranya kita mengatakan kesan sampingan rawatan termasuk kimoterapi memberikan impak terlalu teruk buat pesakit kerana hakikatnya ia bergantung kepada individu.

“Sebagai contoh

Farah Aida. Beliau kuat, malah boleh keluar pergi membeli-belah selepas rawatan kemoterapinya. Impak setiap orang tidak sama,” katanya.

Begitupun, bukan itu yang mahu ditekankan Dr Azura, sebaliknya beliau berkata, pesakit tidak seharusnya melengahkanlengahkan rawatan kerana peluang sembuh tinggi bagi pesakit yang mendapatkan rawatan awal.

“Begitu juga dari segi kos, kerana bagi setiap pesakit yang tidak berkemampuan, pihak hospital boleh ikhtiarkan dari segi bantuan dan sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.