Teruskan kehidupan selepas berpisah

Pelbagai perkara perlu diambil tahu untuk elak masalah keluarga

Berita Harian - - AURA -

Ajal dan maut di tangan Allah. Sebagai manusia kita seharusnya berserah pada suratan takdir yang ditentukan.

Sebagai langkah akhir selepas usaha berdamai menemui jalan buntu, perceraian adalah keputusannya. Ia tidak seharus menjadi titik noktah dalam perhubungan khu- susnya dengan anak-anak.

Diandaikan setiap pasangan bercerai memiliki dua anak, jumlah anak hasil perceraian ibubapa boleh menjangkau enam angka.

Apabila perceraian, beri kesan kepada semua pihak iaitu anak dan kedua ibuba- pa. Mengelak perbalahan, berikut antara perkara perlu anda ambil tahu. Lepaskan isteri dengan cara terhormat sebagai mana sewaktu meminang dulu. Begitu juga, hormati bekas mentua anda sungguhpun antara anda berdua sudah tidak ada ikatan.

Sekiranya bersedih, bekas pasangan anda juga ada perasaan sama. Tempoh masa tiga bulan masih ada untuk anda berdua rujuk semula sebagai pasangan suami isteri tanpa perlu bernikah semula.

Bagi suami, selama waktu edah itu menjadi tanggungjawab suami yang menceraikan isterinya untuk memberi nafkah kepadanya. Ia dikenali sebagai ‘nafkah edah’. Pasangan perlu tahu mengenai hadanah atau hak jagaan anak. Ia bertujuan mengelakkan berlaku pertelingkahan atau menuntut anak. Selalunya ia membabitkan anak kecil, yang belum boleh berdikari.

Perebutan mendapatkan hak penjagaan ke atas anak bagi pasangan yang bercerai tidak akan berlaku sekiranya pasangan faham hak dan tanggungjawab masing-masing.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Elakkan menyimpan dendam dan marah kepada pasangan lantas dilepaskan terhadap anak yang tidak berdosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.