Perkahwinan.

Berita Harian - - AURA -

Angelina Jolie Busana pengantin bintang siri komedi

Sarah Jessica Parker ini pernah dinobatkan sebagai gaun pengantin tercantik. Karya oleh pereka Vivienne Westwood ini, menonjol rekaan unik, sekali gus sempurna untuk mengungkapkan gaya dan karakter beliau. Upacara pernikahan antara Jackie dan John F. Kennedy berlangsung di Rhode Island pada tahun 1953, kekal menjadi sebutan ramai. Rekaan berkenaan disifatkan sangat menakjubkan menerusi potongan berbelah pada bahagian bahu. Layah labuh melengkapkan lagi istilah sempurna persalinan berkenaan.

Angelina Jolie dan Brad Pitt, sudah berpisah, busana pengantin Angelina antara yang utuh dalam ingatan kalangan ramai peminatnya. Angelina yang terkenal dengan selebriti memiliki ramai anak, iaitu enam orang termasuk empat anak angkat, menampilkan idea kreatif apabila gaun labuh dijadikan kanvas lukisan karya semua anaknya itu.

Beliau menggunakan khidmat perancangan perkahwinan, Atelier Versace untuk menyudahkan keseluruhan gaun yang akhirnya ditakrif sebagai gaun paling ikonik dan elegan dalam sejarah fesyen antarabangsa. Ikon kecantikan dunia, Marilyn Monroe mengenakan gaun pensel coklat gelap dengan kemasan bulu putih pada majlis pernikahan kedua beliau, bersama pemain lagenda baseball, Joe Dimaggio. Gaun pengantin bergaya ini terus diingati penggiat fesyen. Bintang dalam filem The Twilight Saga, ini belum berkahwin, tetapi adegan pernikahan dalam filem pecah panggung itu, jadi sebutan ramai. Gaun lengan panjang dengan ekor kain meleret itu direka pereka Carolina Herrera yang dikatakan sangat praktikal. Victoria Beckham berkahwin dengan bintang bola sepak, David Beckham pada Julai 1999 di Irlandia, Victoria. Pereka baju pengantin ternama, Vera Wang ini, diberi tanggungjawab menghasilkan busana yang kekal disimpan Victoria dalam almari biliknya.

Jacqueline Kennedy Sarah Jessica Parker Sex and the city,

Victoria Beckham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.