IPGKIK hab debat, ucapan awam IPG

Berita Harian - - VARSITI - Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Pertubuhan Aktivis Debat Institut Pendidikan Guru Malaysia (ADIM) memilih Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) sebagai pusat rujukan dan hab aktiviti perdebatan serta pengucapan awam bagi IPG.

Pemilihan IPGKIK berdasarkan prestasi dan pencapaian cemerlang dalam membina jenama Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DETIK) serta Kelab Debat, Forum dan Pidato (DEFTO) sehingga dikenali ramai, khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bentuk daya saing

Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali, berkata hab itu berperanan sebagai pusat pengembangan idea dan latihan bagi memantapkan seni berdebat, forum, pidato serta pengucapan awam dalam kalangan siswa guru.

“Sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB), IPGKIK komited melahirkan siswa guru yang kompeten bukansahajadalam kurikulum tetapi juga ekstra kokurikulum yang menjadi nilai tambah graduan IPG.

“Program yang mengutamakan kemahiran berfikir dan berkomunikasi peringkat tertinggi ini secara tidak langsung dapat membentuk daya saing graduan IPGKIK ke peringkat global,” katanya kepada BH Varsiti di sini, baru-baru ini.

Melalui Kelab DEFTO, banyak aktiviti dijalankan bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang perdebatan, termasuk debat ala Parlimen British yang disegani di negara ini.

Anjur pertandingan

Tahun ini, katanya, IPGKIK muncul johan Pertandingan Debat Ala Parlimen British Peringkat Kebangsaan anjuran

IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan kerjasama EXCO Pendidikan Negeri Sembilan, selain menjadi naib johan Pertandingan DETIK 2016.

Dalam pada itu, beliau berkata, IPGKIK sekali lagi akan menganjurkan DETIK pada 29 September hingga 2 Oktober depan dengan tema perdebatan ‘Pendidikan dan Kepenggunaan’.

“Penyertaan DETIK kali ke-4 ini dibuka kepada pendebat berusia 18 hingga 21 tahun dari seluruh IPT dan IPG. Program ini dinantinantikan pendebat seluruh negara,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi ADIM mengunjungi IPGKIK, baru-baru ini.

Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.