Raisa, Hamish Daud adakan majlis rahsia di Bali

Berita Harian - - HIP! -

Ketika ini keluarga Raisa dan Hamish Daud sedang sibuk mengadakan persiapan hari bahagia pasangan popular itu yang bakal berlangsung di Mid Plaza Hotel, Jakarta Pusat, pada 3 September depan.

Dalam rancak mengatur persediaan, timbul khabar angin mengatakan mereka bakal mengadakan majlis perkahwinan ketiga, iaitu parti rahsia di Bali yang juga tempat asal Hamish.

Namun, menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Matthew, pihaknya tidak tahu menahu mengenai majlis resepsi di sebelah pihak lelaki kerana ia urusan peribadi mereka.

Dikawal ketat

“Perkahwinan ialah urusan peribadi Raisa dan keluarganya.

Saya tidak terbabit dalam hal itu. Sebagai pengurus promosi, kami hanya berurusan mengenai soal pekerjaan kami,” katanya ketika dihubungi media.

Sebelum ini, pada 21 Mei lalu, majlis pertunangan pelantun lagu Terjebak Nostalgia itu yang diadakan di kediaman keluarganya dikawal ketat petugas keselamatan.

Pasangan terbabit memilih 3 September sebagai tarikh untuk pernikahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.