Cincin petanda Agnes Monica bakal kahwin?

Berita Harian - - HIP! -

antara penyanyi, Agnes Monica, dan Wijaya Saputra memang sukar dipisahkan lagi apabila mereka sentiasa menemani antara satu sama lain walaupun sibuk dengan kerjaya.

Tidak hairan keakraban itu membuatkan sesetengah pihak mendakwa, keduaduanya sudah berkahwin, tetapi tiada pihak dapat mengesahkannya.

Terbaru timbul pula gosip mengatakan pasangan terbabit sudah bertunang.

Nafi khabar angin

Semua telahan ini tercetus selepas netizen terlihat sebentuk cincin tersarung cantik di jari manis pelantun lagu Matahari itu sekali gus seakan memberi bayangan dirinya sudah ‘diikat’.

Namun, Agnes dalam wawancara bersama media menafikan khabar berkenaan kerana katanya, seperti gadis lain, cincin kini hanya sebagai aksesori pelengkap gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.