Dul diberi kereta mewah, Maia upah pemandu

Berita Harian - - HIP! -

tahun ke-17 anak bongsu Maia Estianty,

Dul Jaelani, sangat istimewa apabila tahun ini dia dihadiahkan sebuah kereta mewah. Sudah pasti insan yang memberikan kenderaan itu ialah ibunya sendiri.

Namun, dalam kegembiraan meraikan hari istimewa, netizen menyelar tindakan Maia yang disifatkan tidak wajar dan mengaitkannya dengan tragedi kemalangan membabitkan Dul sekitar 2013.

Dalam kejadian terbabit, kenderaan dipandu Dul yang ketika itu masih di bawah umur merempuh sebuah van hingga mengakibatkan tujuh mangsa meninggal dunia.

Sebagai ibu, Maia menegaskan anak bongsu hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Ahmad Dhani, itu akan terus menggunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana.

Masih trauma

“Sejak kemalangan terbabit, Dul tidak pernah memandu kerana masih trauma.

Saya mengupah pemandu untuknya. Lagipun selama ini dia menggunakan kereta lama saya.

“Pada usia ini, barulah dia menerima kereta tetapi tetap menggunakan pemandu,” katanya mengulas hadiah istimewa Dul yang meraikan hari jadi pada 23 Ogos lalu.

Maia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.