Menarik TV Hari Ini

Berita Harian - - HIP! -

KHAS HARI KEBANGSAAN Kau Tetap Mei Hua

Mengisahkan suka-duka seorang ibu bernama Mei Fang yang kehilangan anak ketika zaman Komunis. Mei Fang tidak pernah berputus asa untuk mencari anaknya sehingga kini.

TV1, 3.05 petang

Pelakon: Janet Khoo, Adeline Tsen, Ben Amir, Aida Aris, Haeriyanto Hassan, Kenny Ong, Siti Salbiah.

TELEMOVIE MERDEKA SPECIAL Selimut Merdeka

Pak Merdeka dan Mak Asiah cuba untuk tidak membezakan kasih sayang antara anak angkat, Azim, dengan anak kandung mereka, Zaki. Pak Merdeka mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama anakanak dan memilih untuk tinggal dengan Zaki. Puas Azim memujuk Pak Merdeka untuk tinggal bersamanya, namun dia memberikan pelbagai alasan. Sejak kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat. Dia ikhlas menyayangi Pak Merdeka, namun lelaki itu tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamanya.

TV3, 2 petang

Pelakon: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Shah Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina Raishah, Fizz Fairuz.

LAYAR 9 Kapcai Ayah

Haikal bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang, walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya. Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk. Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh.

TV9, 9.35 malam

Pelakon: Hasnul Rahmat, Saharul Ridzwan, Marissa Yasmin, Hanna Aqeela, Harris Alif.

#KELAKARAMA Ops Cinta Din Sardin

Din dan Su bertemu serta kembali berkawan rapat walaupun pada masa yang sama, lelaki itu turut melayan Dida. Dia bagaimanapun belum meluahkan cinta kepada Su dan Dida. Su pula tidak mahu tergesa-gesa bercinta semula dengan Din kerana dia mahu mereka berkawan terlebih dulu.

TV9, 8.32 malam

Pelakon: Izzue Islam,

Mira Filzah, Nina Baharun, Kazaruddin Saisi, Delimawati.

Izzue Islam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.