Semarak bulan kemerdekaan

SENIMAN anjur program bangkit semangat kecintaan pada negara

Berita Harian - - HIP! -

Meraikan Hari Kebangsaan yang ke-60 tahun ini, pelbagai program dianjurkan sepanjang Ogos bagi menyemarakkan lagi semangat kecintaan serta patriotisme terhadap negara.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) antara yang tidak ketinggalan terpanggil untuk sama-sama memeriahkan sambutan bulan kebangsaan dengan menganjurkan Program Kemerdekaan Sayangi Negaraku Malaysia.

Diadakan di perkarangan sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, acara yang dianjurkan pada sebelah petang hujung minggu lalu sememangnya mencipta kelainan.

Pelbagai bidang seni

Presidennya, Zed Zaidi, berkata dalam meraikan Hari Kebangsaan kali ini, mereka memikirkan aktiviti di luar kotak bagi mendekatkan golongan artis dan juga masyarakat.

“Masyarakat mungkin sudah biasa dengan aktiviti muzik jalanan yang banyak dilakukan di sekitar Kuala Lumpur. Namun, rasanya mereka terlepas pandang terhadap aktiviti lain seperti teater jalanan.

“Selain itu, kita juga membawa penyair, pelukis dan juga ahli silap mata pada program kali ini.

Kami ingin menunjukkan pelbagai cabang seni yang boleh diketengahkan dalam menyemarakkan lagi program kemerdekaan tahun ini.

“Namun, paling penting adalah tujuan dan objektif yang kami ingin sampaikan menerusi program ini, iaitu bagi menunjukkan kecintaan kita terhadap Malaysia,” katanya.

Mampu tarik lebih ramai anggota masyarakat

Turut hadir memeriahkan program ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi Ayub.

Meneruskan lagi program sepanjang bulan kemerdekaan ini, Zed berkata, SENIMAN akan mengadakan pertandingan badminton pada 16 September depan sempena Hari Malaysia, manakala sempena Aidiladha pula, pihaknya bakal menganjurkan majlis korban bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Malah Zed mengha-

[ FOTO NURUL SHAFINA JAMENON / BH ]

Antara persembahan pada Program Kemerdekaan Sayangi Negaraku - SENIMAN di ibu negara, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.