Variasi.

Berita Harian - - HIP! -

rapkan pembabitan golongan artis dan selebriti secara lebih aktif dalam program anjuran persatuan berkenaan.

Pembabitan artis dialu-alukan

“Sambutan yang diberikan oleh artis sememangnya sangat baik. Cuma, untuk program kali ini SENIMAN membawakan penggiat daripada pelbagai cabang seni. Kita juga sangat mengalu-alukan pembabitan artis popular untuk terbabit dengan program kenegaraan yang dianjurkan SENIMAN.

“Dengan kehadiran artis popular, ia tentunya dapat mengajak lebih ramai peminat dan masyarakat untuk menyertai program sebegini,” katanya.

Sementara itu, Fauzi turut menyambut baik program berbentuk kenegaraan yang dianjurkan oleh persatuan berkenaan.

Katanya, pengisian program berbentuk patriotik ini sememangnya bertepatan dengan hasrat yang dilahirkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang turut menagih pembabitan golongan artis dan selebriti dalam menjayakannya.

“Program sebegini perlu lebih diperbanyakkan. Malah, saya mengalu-alukan pembabitan golongan artis untuk turut dalam program berbentuk kenegaraan sebegini sebagai mengenang kemerdekaan dan juga menunjukkan kecintaan kita terhadap negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.