ASNB umum agih pendapatan ASW 2020

Berita Harian - - BISNES -

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak enam sen per unit untuk tabung berharga tetap, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017.

Jumlah pengagihan sebanyak RM1.1 bilion ini dapat dimanfaatkan oleh lebih 870,000 pemegang unit yang telah melanggan 18.8 bilion unit ASW 2020.

Jangka jana pulangan RM1.38B

Tinjauan bagi tahun kewangan semasa mendapati ASW 2020 dijangka menjana pulangan pendapatan kasar sebanyak RM1.38 bilion.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, ia berkata semua urus niaga bagi tabung ASW 2020 di kesemua cawangan dan ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 26 Ogos sehingga 3 September bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemaskini akaun mereka menerusi portal baharu ASNB iaitu myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan dana agen ASNB di seluruh negara mulai 4 September 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.