Penceroboh panjat pagar sebelum masuk dalam premis

Berita Harian - - TRAGEDI -

lanjut, malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi (semalam).

Tak tahu motif sebenar

“Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,” katanya pada sidang media semalam.

Sumber pula mengesahkan wajah yang terakam dalam CCTV itu bukan pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, selain memeriksa petunjuk terbaru CCTV, tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz itu.

Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Dato Keramat itu didapati mempunyai kesan potong serta sudah diregangkan.

Sumber berkata pihak polis yang menjalankan siasatan sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

“Sejak pagi tadi (semalam), beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

“Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.

Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.

Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik Dato Keramat juga turut menghampiri pagar berkenaan dengan harapan ingin mendapatkan kepastian adakah benar berlakunya pencerobohan.

Kesan ceroboh dan menyelinap pada pagar kawad Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, manakala gambar kecil menunjukkan antara CCTV yang dipasang di pejabat PPIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.