Majlis pengebumian pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban

Berita Harian - - TRAGEDI -

2 petang: Ahli keluarga dan waris mula berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves. 4 petang: Kawasan perkuburan mula dipenuhi keluarga dan waris. Cuaca mendung mengundang suasana pilu di kalangan ahli keluarga. 5.20 petang: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-bakri, menyampaikan tazkirah sementara waris dan ahli keluarga menunggu ketibaan jenazah. 6.30 petang: Van jenazah membawa mangsa pertama, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, tiba di perkarangan tanah perkuburan. 7.20 malam: Enam van tiba membawa jenazah dengan diiringi laungan azan Maghrib. 7.40 petang: Empat van membawa jenazah Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13, Muhammad Danieal Md Amin, 14, Muhd Haris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10 dan abangnya Muhammad Hafiz Iskandar, 11, tiba diiringi anggota polis. 8.15: Bacaan talkin disempurnakan Ustaz Mohamad Shukeri Yaaccob dan dibantu Ustaz Al-hafiz Ramli. 8.40 malam: Hujan lebat turun saat talkin dibacakan. Bagaimanapun, orang ramai tidak berganjak dan masih menunggu di tanah perkuburan. 9 malam: Pengebumian selesai sepenuhnya. Keluarga dan sanak saudara dilihat mula meninggalkan perkarangan tanah perkuburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.