Warga sekolah pondok, tahfiz terdedah bahaya

Hanya sebilangan kecil premis ikut spesifikasi pelan keselamatan bangunan

Berita Harian - - TRAGEDI -

Hanya sebilangan kecil pusat tahfiz dan sekolah pondok di seluruh negara mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CF), sekali gus mendedahkan warga institusi pendidikan agama itu dengan bahaya kerana gagal mengikut spesifikasi pelan keselamatan bangunan.

Di samping itu sebahagian besar pusat tahfiz dan sekolah pondok dikesan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri sehingga menyebabkan operasi institusi berkenaan gagal dikawal selia dengan baik.

Di kurang dua peratus atau hanya tiga daripada 163 sekolah pondok di negeri itu mempunyai CF dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan.

Bagaimanapun, Pengarah JBPM

Kota Bharu,

Kelantan, Nazili Mahmood, berkata 146 sekolah pondok yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) mempunyai surat sokongan keselamatan dari jabatan itu.

Beliau berkata, surat sokongan itu diberi selepas pengusaha premis sekolah pondok itu melakukan pengubahsuaian struktur bangunan, selain memperbaiki sistem pendawaian elektrik sedia ada bagi menjamin keselamatan pelajar.

Tak ikut spesifikasi

“Kebanyakan pondok agama di negeri ini tidak mempunyai CF memandangkan sekolah itu dibina sejak puluhan tahun secara tradisional menyebabkan pembinaan terbabit tidak mengikut spesifikasi yang selamat diduduki.

“Disebabkan sudah terlalu lama dibina, mereka yang menubuhkan sekolah pondok secara persendirian tidak mempunyai dana yang cukup untuk mengubah suai atau membina sekolah baharu kerana tidak menerima bantuan penuh daripada kerajaan, sekali gus tiada kelayakan menerima CF,” katanya kepada BH, semalam.

Di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengesan sebanyak 38 daripada 53 sekolah agama swasta di bawah Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di negeri itu

Melaka,

berisiko terdedah bahaya selepas dikesan tidak mengikut spesifikasi pelan keselamatan bangunan.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Yaakub Md Amin, berkata jumlah itu membabitkan seramai 3,115 pelajar daripada 14 sekolah agama di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (12) dan Jasin (12).

“Kita sudah panggil semua 53 wakil pihak pengurusan sekolah di bawah IPIS untuk mengadakan mesyuarat bersama membabitkan pelbagai agensi berkaitan pada pertengahan Ogos lalu meminta mereka melakukan pelan bangunan merangkumi aspek keselamatan.

“Bagaimanapun, hanya 11 sekolah termasuk sembilan tahfiz dan dua sekolah menengah Islam swasta lulus berdaftar sepenuhnya, manakala 38 daripadanya (tidak ikut spesifikasi) sedang dalam proses permohonan pendaftaran dan selebihnya tidak mengisi borang untuk tindakan lanjut pendaftaran," katanya.

Di 15 daripada 64 pusat tahfiz di negeri itu tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) selepas jabatan agama negeri itu melaksanakan program pemutihan sejak awal tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata semua pusat pendidikan tahfiz itu dikesan melalui pendekatan turun padang yang dilaksanakan JAIPK dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memastikan semua pusat pendidikan tahfiz yang diwujudkan di negeri ini berdaftar.

Di tiada kunci pintu kecemasan dan asrama terlalu sempit adalah antara penemuan Jabatan JBPM Negeri Sembilan pada pemeriksaan mengejut di sebuah pusat tahfiz di sini, semalam.

Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata pada pemeriksaan bermula jam 3 petang itu, pihaknya mendapati murid dan warden sendiri, tidak mengetahui di mana kunci pintu menghubungkan bilik asrama dengan tangga kecemasan disimpan.

Di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengenal pasti 15 lagi madrasah tahfiz swasta di seluruh negeri ini yang masih belum berdaftar dengan kerajaan negeri.

Ipoh, Seremban, Johor Bahru,

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata selain 15 madrasah tahfiz, masing-masing dua Sekolah Menengah Agama Swasta dan Sekolah Rendah Agama Swasta di Johor masih belum berdaftar.

Katanya, susulan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur kelmarin, kerajaan negeri mengambil sikap berjaga-jaga supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.

Di sebanyak 25 pusat pengajian dikesan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri.

Daripada jumlah itu, masing-masing satu bagi maahad tahfiz swasta, Sekolah Menengah Agama (SMA) Swasta, Sekolah Rendah Agama (SRA) Rakyat, dua SRA Swasta, manakala masing-masing tiga bagi Sekolah Agama Rakyat (Rendah dan Menengah) dan SRA Negeri serta 14 sekolah pondok/madrasah.

Di sebahagian besar pusat tahfiz di negeri itu berada berada dalam keadaan selamat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh JBPM negeri itu.

Penolong Pengarah (Keselamatan dan Kebakaran) JBPM Perlis, Na Khoom Kiang, berkata 12 pusat tahfiz yang berdaftar dengan pihaknya selamat digunakan berikutan struktur bangunannya yang sama seperti sekolah kebangsaan.

Kuala Terengganu, Perlis,

[FOTO FATHIL ASRI/BH]

Ahli Jawatankuasa Ar-rahmaniah Ad-deeniah Pondok Lubok Tapah, Fadli Abdul Rahman, (kiri) menunjukkan cara menggunakan alat pemadam api yang disediakan di sekitar kawasan asrama di Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.