Kopi Tarik percuma rai Hari Malaysia

Wonda Coffee adakan promosi bersama Pizza Hut Delivery meriahkan sambutan

Berita Harian - - JENAMA - Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Sempena sambutan Hari Malaysia yang diraikan masyarakat berbilang kaum, Wonda Coffee menawarkan pemberian minuman Kopi Tarik secara percuma kepada orang ramai.

Promosi pengedaran minuman edisi terhad itu dijayakan menerusi kerjasama antara Wonda Coffee dan Pizza Hut Delivery bagi menghangatkan suasana hari bersejarah yang disambut di seluruh negara, hari ini.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuban T Sundaram, berkata Hari Malaysia adalah sambutan memperingati penubuhan sebuah negara, selain menyelami detik kejayaan yang ditempa sejak 1963.

Edisi terhad

Katanya, Wonda Coffee menghasilkan produk edisi terhad, Kopi Tarik yang bakal mengembalikan nostalgia orang ramai ketika menghirup minuman yang diperkaya dengan rasa tempatan.

“Orang ramai berpeluang mendapatkan dua tin Kopi Tarik percuma apabila membuat pesanan Pizza Hut Double Box menerusi Pizza Hut Delivery.

“Promosi pemberian minuman edisi terhad sempena Hari Malaysia ini hanya ditawarkan dua hari iaitu mulai hari ini hingga esok.

“Promosi menggunakan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ ini boleh didapati di 203 cawangan Pizza Hut Delivery di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Santharuban berkata, pihaknya gembira terhadap sambutan pelanggan setia dan penggemar kopi, justeru Wonda Coffee menjalin kerjasama dengan Pizza Hut Delivery bagi menawarkan ganjaran istimewa sempena Hari Malaysia.

Katanya, pengeluaran produk edisi terhad Kopi Tarik menjadi pilihan kerana ia berupaya menyingkap maksud tersendiri, malah minuman itu sering menjadi siulan rakyat Malaysia selama ini.

“Kami harap pemberian minuman Kopi Tarik ini menghangatkan lagi suasana perayaan Hari Malaysia tatkala disambut masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun diadakan bertujuan memperingati pembentukan negara yang menyaksikan Sabah dan Sarawak menyertai gabungan berkenaan pada 1963.

Menelusuri sejarah, semangat perayaan yang disemat rapi oleh setiap rakyat Malaysia kekal utuh, namun ketika ini orang ramai mempunyai gaya dan haluan berbeza meraikan Hari Malaysia.

Meraikan kepelbagaian

Antara matlamat lain perayaan hari bersejarah ini adalah meraikan kepelbagaian budaya dan adat yang membentuk keunikan Malaysia sehingga hari ini.

Sikap menghormati budaya, adat, resam dan agama masyarakat berbilang kaum menjadi tiang keutuhan perpaduan rakyat, sekali gus menyaksikan Malaysia lebih menonjol di mata dunia berbanding negara lain.

Kepelbagaian budaya itu antara lain merangkumi detik kebersamaan yang tercetus tatkala menikmati kopi, sama ada di warung, kopitiam atau kedai mamak.

Dua tin Kopi Tarik percuma apabila beli Pizza Hut Double Box.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.